Tuhun Tavakas 2012 Oct16

Kongsi

Tuhun Tavakas 2012

JBorneo Tuhun Tavakas & Migazat Dukug Challenge 2012 baru sahaja berakhir pada 29 dan 30 September 2012. Pertandingan ini sudah masuk tahun ke 3 diadakan. Tuhun tavakas bermaksud Orang Kuat dalam bahasa Kadazan, manakala migazat dukug adalah Tarik Tali.

Pertandingan Tuhun Tavakas kali ini disertai oleh peserta daripada 4 negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina. Ia diadakan di JBorneo Native Village di Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Saya salah seorang peserta yang mencuba buat kali pertama. Saya tak dapat masuk top ranking tapi puas dapat sertainya dan menimba pengalaman. Mereka jauh lebih hebat. Kena berlatih lebih lagi.Kursus Kecergasan 2017

6 rutin dipertandingkan iaitu,

1. Angkat kayu rumbia 80kg, 90kg, 100kg, 110kg, dan 120kg sejauh 15 meter ke atas lori.
2. Hercules Hold, 115kg. Tahan selama yang boleh.
3. Flip tire 450kg. 5 kali flip maksima.
4. Tarik lori 10 tan sejauh 15 meter
5. Angkat kayu balak 90kg, 100kg, 110kg, 120kg, dan 130kg sejauh 15 meter ke atas lori.
6. Atlas stone 110kg, 120kg, 130kg, 140kg, dan 150kg

Pertandingan Tuhun Tavakas 2012 dimenangi oleh Honesty daripada Sabah. Tahniah Honesty! Kalau berkesempatan, jumpa lagi tahun hadapan.

Saya berada di tengah

Peserta bergolek-golek memanaskan badan

Alvin daripada Sabah mengangkat kayu rumbia

Mikazat Dukug

Zarol, peserta termuda daripada Selangor dalam rutin Hercules Hold

Taufiq, orang kuat Singapura flip tire 450kg

Honesty daripada Sabah, menarik lori 10 tan ‘sahaja’

Houri daripada Brunei mengangkat kayu balak, katanya aktiviti rutin di Brunei

Diane Sera dan Mama Dinima

Diane Sera bersama kumpulan Marshal

Budak Nakal membuat percubaan mengangkat batu seberat 120kg

Honesty, juara Tuhun Tavakas 2 tahun berturut

Berminat sertai tahun hadapan?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube