Ujian Kecergasan

Ujian Press-up atau Push-up

Ujian kecergasan membolehkan seseorang mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka, apa yang perlu diperbaik dan dikembangkan. Ujian kecergasan bukan sahaja untuk atlet bahkan sebagai seorang yang bersenam biasa pun boleh dan digalakkan.

Ujian sit-up

Kursus Kecergasan 2024

Perbandingan

Ujian yang sesuai dipilih dengan aktiviti. Sebuah protokol boleh ditetapkan sendiri untuk setiap ujian yang dilakukan. Perbandingan boleh dilakukan dengan mana-mana individu yang dirasakan sesuai.

Menetapkan Objektif

Menetapkan tujuan yang khusus dan boleh diukur adalah sebahagian daripada pendekatan. Bukan sekadar meletakkan sasaran, ‘aku ingin fit‘ atau mungkin dalam acara marathon, ‘aku ingin lebih pantas menghabiskan 20 km’. Sebuah sasaran yang lebih tepat sepatut berbunyi begini, ‘aku ingin menghabiskan larian 20 km dalam jangka masa 15 minit 10 saat iaitu 30 saat lebih cepat daripada biasa dalam perlumbaan 3 minggu lagi’. Atau mungkin di dalam gymnasium, ‘aku ingin melakukan deadlift 150kg iaitu menambah 10kg daripada biasa dalam jangka masa 2 bulan daripada sekarang’. Atau dalam menguruskan badan, ‘aku ingin mengurangkan 2 peratus lemak badan dalam jangka masa 1 bulan’.

Ujian Duduk dan Capai (Sit and reach)

Ujian Kembali

Dalam menentukan samada sesuatu program latihan itu berkesan atau tidak atau ujian kembali mengikut protokol yang telah ditetapkan sebelum ini. Jika untuk suatu tempoh yang agak lama tiada sebarang perubahan atau prestasi merosot, ada sesuatu yang tidak kena dengan program.

Ujian Kecergasan

Berikut adalah beberapa contoh ujian kecergasan yang biasa dilakukan untuk mengukur kekuatan, kelajuan, ketahanan dan fleksibiliti. Ujian-ujian ini samada memerlukan peralatan sedikit atau tidak ada.

Ujian Kekuatan
1. Satu ulangan maksima
2. Sit-up – Menguji kekuatan core
3. Press-up – Menguji daya tahan otot

Ujian Kelajuan dan Kuasa
1. 30m sprint – Mengukur daya tahan otot
2. 30m sprint berkelajuan tinggi – Sesuai untuk sukan seperti bola keranjang, bola sepak, hoki dan sebagainya
3. Ujian kelincahan Illinois
4. Berdiri lompat jauh – Menguji kuasa letupan, kuasa jangka pendek
5. Berdiri lompat tegak – Menguji kuasa ledakan. Sesuai untuk sukan seperti bola keranjang, bola baling
6. Hexagon Drill– Mengukur kelajuan, kelincahan dan keseimbangan

Ujian Press-up atau Push-up

Ujian Daya Tahan
1. 15 minit larian Balke – Mengukur daya daya aerobik (VO2 maksimum) secara tidak langsung
2. 12 minit larian Cooper
3. Larian ulang-alik beberapa tempat – Digunakan untuk menganggar kuasa aerobik untuk sukan-sukan yang memerlukan banyak larian. Juga berkesan untuk menguji kumpulan besar pada suatu masa
4. Rockport – Ujian sederhana untuk menguji individu yang kurang aktif

Ujian Fleksibiliti
1. Duduk dan capai – Mengukur tahap fleksibiliti atau kelenturan otot hamstring dan pinggang
2. Rotasi trunk
3. Fleksibiliti groin

 

Ujian mengukur tahap VO2 Maksima

 

Ujian Kecergasan di Gymnasium

Di gymnasium saya biasa lakukan ujian seperti:

1. Satu ulangan maksima
2. Sit-up
3. Press-up
4. Duduk dan capai (sit and reach)
5. 3 minit step (menggunakan kerusi atau kotak setinggi paras lutut)

(saya akan cerita pasal protokol-protokol ujian dalam entri lain nanti)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Ujian Kecergasan

  1. komen dari dr alvin rajloo:

    Also Fitness Assessmnent:
    Serves as a basis for exercise prescription
    Serves as a physical response gauge
    Reflects the efficacy of prescribed program
    Reflects the profesionalism of the trainer
    Builds motivation and exercise compliance

  2. bro.. Rotasi trunk & Fleksibiliti groin.cmne 2.xtau la bro.hehe

  3. bleh x tolong berikan tentang back strength test..skali dengan alatan,prosedur,kesahan dan kebolehpercayaan..

    1. boleh buat, back extension guna flat bench. kaki sampai ke pinggang atas bench, pastu sorang jaga dari belakang. n yg ditest naikkan bdn dan tahan. tgk brapa lama. amik norm sorang yg average utk set next target.

  4. boleh bagi norm untuk lompat jauh berdiri / lompat jauh menegak

    1. elok buat norm sendiri. xde yg bersesuai dgn malaysian yg saya jumpa. amik sorang yg average sebagai norm, dan set 1 target range.

  5. tuan…
    boleh terangkan apa itu ujian illinois?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: