Ulangan Tinggi vs Ulangan Rendah Jul12

Kongsi

Ulangan Tinggi vs Ulangan Rendah

Mengikut kajian, endurance strength atau kekuatan daya tahan sukar dipindahkan ke bentuk absolute strength atau kekuatan maksima. Ambil contoh mudah, jika anda boleh buat ulangan tinggi untuk sesuatu pergerakan, belum tentu anda boleh angkat berat. Ianya sukar, tapi bukan mustahil.

Maximum Voluntary Isometric Contraction sangat rendah apabila bermain dengan bebanan rendah, sebagai contoh 30% daripada 1RM. Contoh mudah di sini, jika anda berlatih latihan seperti squat, deadlift, biceps curl dan sebagainya, anda menggunakan beban rendah, ulangan tinggi. Peningkatan kekuatan sangat rendah. Kalau tahun ini buat bench press 80kg 10 hingga 15 ulangan, mungkin tahun depan hanya tambah ke 90kg.

NASC 2015

Secara logiknya, mengangkat bebanan tinggi 8 hingga 12 ulangan lebih baik daripada bebanan rendah dengan ulangan yang sama. Persoalan, bagaimana menambah kekuatan? Itu pentingnya penyusunan jadual dalam latihan anda. Ada latihan kekuatan, latihan hipertrofi, latihan bakar lemak dan sebagainya. Boleh rujuk tajuk ini di entri Sistem Latihan.

MVIC

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini