Terapi Urutan Jan20

Kongsi

Terapi Urutan

Apa yang hendak dibuat pada hari cuti? Saya mengesyorkan anda pergi urut. Bukan urut geli-geli yang mana berakhir dengan pertanyaan, ‘abang nak urut batin?’ :D, tetapi dapatkanlah urut yang betul. Banyak sebenarnya kelebihannya berurut ini.

Kajian dibuat terhadap pelajar perubatan di Universiti Perubatan dan Perubatan Gigi New Jersey yang menerima terapi urutan sebelum memulakan peperiksaan didapati bahawa terdapat penurunan yang signifikan pada tahap kecemasan dan kadar pernafasan, serta peningkatan yang signifikan dalam sel darah putih dan memberi manfaat kepada sistem imunisasi tubuh. Keputusan awal juga menunjukkan pesakit kanser kurang rasa sakit setelah menerima terapi urutan di Rumah Sakit Kanser James dan Institut Penyelidikan di Columbus, Ohio.

NASC 2015

Kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Nasional (NIH) telah menemui bahawa urutan bermanfaat untuk menaikkan berat badan untuk bayi yang terdedah pada HIV dan memudahkan pemulihan pada pesakit yang menjalani pembedahan perut. Di Sekolah Perubatan Setuhan Universiti Miami, para penyelidik mendapati bahawa urut sangat membantu dalam menurunkan tekanan darah pada mereka yang ada hipertensi, mengurangkan rasa sakit pada penderita migrain dan meningkatka kewaspadaan dan prestasi kerja.

Peningkatan jumlah kajian menunjukkan urut mampu mengurangkan denyutan jantung, menurunkan tekanan darah, meningkat pengaliran darah, merehatkan otot, memperbaik jarak pergerakan (range of motion), dan meningkatkan endorfin. Walaupun terapi urutan tidak meningkatkan kekuatan otot tetapi ia dapat meransang otot-otot yang lemah dan tidak aktif. Ia juga boleh mempercepat pemulihan yang baik dari latihan atau kecederaan.

Kelebihan Urut

Apa sebenarnya manfaat dari menerima rawatan atau terapi urut ini? Menurut kajian, urut boleh
– mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
– membantu ibu mengandung bersalin dengan lebih mudah
– mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
– meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
– mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
– memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
– meningkatkan fleksibiliti sendi
– mengurangkan kemurungan dan kegelisahan
– meningkatkan baik pulih tisu dan mengurangkan stretch mark serta parut
– memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot
– mengurangkan bengkak dan kram
– merehatkan dan menghilangkan keletihan
– membebaskan endorphins iaitu asid amino yang bekerja sebagai penghilang sakit semulajadi
– mengurangkan migrain

Penyelidikan berterusan menunjukkan manfaat besar dari sentuhan untuk penyakit-penyakit kronik, gangguan saraf, luka dan juga untuk mengurankan ketegangan gaya hidup moden. Banyak hospital kita menggabungkan urutan bahkan Spa untuk merawat pesakit selepas pembedahan atau sebahagian daripada proses pemulihan.

Topik kali ini agak pendek sebagai pengenalan kepada urutan. Terdapat pelbagai jenis urut yang akan dibincangkan dalam topik akan datang. :D. Selamat bercuti.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini