Vitamin Sep06

Kongsi

Vitamin

(Kebaikan: untuk mengatasi sesuatu penyakit yang disebabkan kekurangan atau untuk sesuatu fungsi, Keburukan: Jika berlebihan)

Vitamin A (retinol, retinal, carotenoids)
Kebaikan: Rabun malam, hyperkeratosis, keratomalacia, sistem imunisasi, metabolisme tulang, haematopoiesis, antioksida
Keburukan: Hypervitaminosis A
Sumber: Cod Liver, lobak, broccoli, kentang manis, butter, bayam,  labu, keju cheddar, talur, betik, mangga, kacang pea, susu

 

NASC 2015


Vitamin B1 (thiamine)
Kebaikan: Beriberi, Wernicke-Korsakoff syndrome
Keburukan: Otot terlalu relax, mengantuk
Sumber: cereal grains, yis, oat, flax seed, beras perang, asparagus, kentang, oren, hati (ayam, daging, babi), telur

 

Vitamin B2 (riboflavin)
Kebaikan: Ariboflavinosis
Sumber: asparagus, popcorn, pisang, keju, susu, yogurt, daging, telur, kacang hijau, tomato, yis, cendawan, kacang almond

Vitamin B3 (niacin, niacinamide)
Kebaikan: Pellagra
Keburukan: Kerosakan hati
Sumber: ayam, daging, ikan tuna, salmon, susu, telur, avocado, kurma, tomato, sayur hijau, broccoli, lobak, kentang manis, asparagus, kacang, cendawan

Vitamin B5 (pantothenic acid)
Kebaikan: Paresthesia
Keburukan: Cirit birit, loya, heartburn
Sumber: daging, broccoli, avocado, nasi, yis

Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxamine, pyridoxal)
Kebaikan: Anemia peripheral neuropathy
Keburukan: Kerosakan saraf
Sumber: daging, makanan serat tinggi, sayur, pisang

Vitamin B7 (biotin)
Kebaikan: Dermatitis, enteritis
Sumber: telur, hati, sayur, kacang

Vitamin B9 (folic acid, folinic acid)
Kebaikan: Kesan baik pada kelahiran
Keburukan: Mungkin mengurangkan kesan vitamin B12
Sumber: bayam, asparagus, kuning telur, cereal, hati, oren, nenas, tembikai susu, anggur, pisang, strawberry, jagung, tomato, broccoli

Vitamin B12 (cynocobalamin, hydroxycobalamin, methylcobalamin)
Kebaikan: Megaloblastic anemia, saraf
Keburukan: Jerawat
Sumber: daging, ikan, produk tenusu

Vitamin C (ascorbic acid)
Kebaikan: Scurvy, antioksida
Sumber: kebanyakan jenis buah termasuk oren, pisang, strawberry, tembikai, anggur dan lain-lain, hati

Vitamin D (cholecalciferol)
Kebaikan: rickets, osteomalacia
Keburukan: Hypervitaminosis D
Sumber: sinaran ultra violet, belut, salmon, sardin, tuna, telur, hati, cendawan, yis

Vitamin E (tocopherols, tocotrienols)
Kebaikan: Hemolytic anemia
Keburukan: Meningkatkan kegagalan jantung
Sumber: kekacang, tomato, labu, kentang manis, mangga, asparagus, broccoli, betik, avocado, minyak sunflower

Vitamin K (phylloquinone, menaguinones)
Kebaikan: Pembekuan darah
Sumber: bayam, broccoli, avocado, soya, anggur, telur, daging, produk tenusu

broccoli

Sumber-sumber yang terdapat diatas hanya sebahagian yang biasa. Kebaikan dan keburukan setiap vitamin pun hanya sebahagian yang penting. Terdapat banyak lagi kebaikan seperti terdapat vitamin yang membantu membekal tenaga, yang membantu dalam pembakaran lemak, menambah selera makan dan sebagainya. Keburukan timbul apabila terlalu banyak. Tidak perlu risau jika hanya mengambil makanan daripada sumber semulajadi. Tidak perlu risau juga jika mengambil daripada supplemen multi-vitamin jika mengikut dos. Terdapat sesetengah orang mungkin memerlukan dos tinggi sesuatu vitamin.

Daripada situ dapat dilihat, terdapat pelbagai jenis vitamin dalam broccoli. Vitamin B dan C sahaja larut dalam air manakala A,D,E, dan K larut dalam minyak. Ini menunjukkan kepentingan lemak dalam diet harian.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini