Minyak Zaitun

Ada yang bertanya kenapa saya ambil minyak zaitun satu sudu setiap pagi. Kenapa? kan minyak zaitun itu minyak? minyak itu lemak?

Minyak Zaitun Untuk Turunkan Berat Badan

Minyak zaitun dikenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Penyelidikan terbaru di Kolej Beloit di Wisconsin melaporkan bahawa mengambil 1 sudu teh setiap hari mampu menolong mereka yang ingin menurunkan lemak sehingga 1 lbs seminggu. Minyak zaitun berasal dari pokok zaitun (Olea europaena) dan merupakan tanaman Mediterranean tradisional.Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?

Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang dipercayai bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran darah sehingga boleh dibakar.

Dalam pencernaan, asid oleik ditukarkan ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa anda telah penuh. Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu teh minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitu diyakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi dengan perut kosong.

Kebaikan Minyak Zaitun

Menurut Klinik Mayo, minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam lemak. Ia mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23 gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apakah Jenis?

Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran. Carilah yang ada tulis ‘extra virgin’ atau ‘virgin’. Ini adalah yang paling baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengandungi tahap polyphenol yang tinggi, satu antioksidan yang kuat untuk kesihatan jantung. Jika sukar nak menelan minyak zaitun, boleh campurkan dalam salad. Selamat mencuba.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

137 thoughts on “Minyak Zaitun

  1. Salam bro,

    terima kasih atas info. Nak tanya bagaimana dengan minyak kelapa dara?adakah ia sesuai dengan pembinaan muscle dan adakah;jika sesuai ia dapat gantikan minyak zaitun?

    Di mana nak dapat supply minyak zaitun yang ada tanda halal?lebih yakin dan suci:)

    ikhlas,
    balboa

    1. salam, blh tak bagi myk zaitun kat baby umur 1 thn.

      1. boleh. paling awal lepas 6 bulan. boleh buat dlm bentuk top up makanan, lebih mudah.

        1. saya baru disahkan oleh dokto terkena penyakit batu karang yg byk dalam hempedu. Boleh ke saya mengamalkan minum zaiton ini?

  2. ermm..nk try lah..
    ada kesan sampingan x?

    1. Zaki Khan says:

      kesan baik byk, kalau dlm islam pun digalakkan. tp kena igt, apa2 benda baik kalau byk pun x elok

  3. Zaki Khan says:

    kesan baik byk, kalau dlm islam pun digalakkan. tp kena igt, apa2 benda baik kalau byk pun x elok.

  4. i’d love to share this posting with the readers on my site. thanks for sharing!

    1. Zaki Khan says:

      welcome to do so. credit to my blog

      1. assalamualaikum..nk tanya , kalau saya campur 1 sudu mnyak zaitun dngan 2 bji tlur stiap pg ok x ?

  5. apa2 benda baik kalu byk pun tk elok? apa maksud tuan? ada keburukan ke kalu amik myk zaitun berlebihan? ada side effect tak? saya dah mula amalkan minum myk zaitun ni..

    1. Zaki Khan says:

      minyak tetap minyak. semua benda baik, mcm protein pun, kalau lebih x elok. jd berpada2 la. tp setakat cecah 3-4 sudu sehari tu sikit je. tp i cuma amik 1 sudu sehari.

  6. selama ni x tau plak kebaikan dia…tq2

  7. yg kt dlm gmbr 2 mnyak zaitun la bro? br try minum pg td(sebijik mcm yg dlm gmbr kt ats).minum 1 sudu.peh!! x sedap.lepas telan 1 sudu rasa mcm nk muntah.haha.jenuh mcm ni nk kasi hbs.hehe.nway thnx to bro zaki khan coz bg info yg bguna.dh minum ape lg,jom g gym!!

    1. Zaki Khan says:

      ala 1 sudu je. apa rasa. 😀

  8. dulu masa diet utk trnkn berat guna minyak zaitun utk ganti minyak masak. slps capai target dah tak guna lg. lps baca artikel ni bru tau rahsia minyak zaitun nih. nak kena beli ni dan amalkan spt yg d cadangkn.
    thanks for sharing.

    1. Zaki Khan says:

      amik 1 sudu tu je. x perlu lebih. :p

  9. Congratulations for the brilliant blog posting! I found your post very interesting, I think you are a brilliant writer. I added your blog to my bookmarks and will return in the future. I want to encourage you to continue that marvelous work, have a great daytime!

  10. askum tuan,
    br terbaca entri ini, semalam terus p beli kat mydin..hehehe..cara pemakanan dia mcm mana….kesan dia apabila kita mula mkn ada x..bulan posa nie cara pemakanan mcm mn dan bila bukan bln posa plak…

    1. skali sehari pun dah ok. 1 sudu teh, pagi time breakfast. bulan posa time sahur

    2. lupa nak tanya tuan semlm, sebelum ke selepas mkn..

  11. Sy setuju dgn awak coze memg sy pn amalkan n ade kesannye..

  12. sukeri-za zxtenr says:

    Disebabkan rasanya yg meloyakan tekak tu….he3……..saya campurkan dgn whey protein…ok ker dato?

  13. Kenpa harga OLIVE OIL Extra Virgin lebih MURAH jika di banding kan dengan yg tertulis 100% pure?

    1. 100% pure tu lg tulen berbanding extra. 100% extra extra. :). dari segi logiknya minyak zaitun biasa paling murah, pastu virgin, extra virgin, pure. costing pemprosesan kut

      1. Owhh ok…kalo mcm tu, 100% pure ada lah lebih baik utk d minum sesudu sehari.

  14. As salam,,,,

    adakah virgin olive oil ada kesan terhdp menstrual wanita sbb sy pki bbrp bln putaran haid sy x teratur?adakah ini tanda baik atau buruk?
    Terima kasih.

  15. As salam,,,,

    adakah virgin olive oil ada kesan terhdp menstrual wanita sbb sy pki bbrp bln putaran haid sy x teratur?adakah ini tanda baik atau buruk?
    Terima kasih.

    1. wasalam

      minyak zaitun actually bagus utk prempuan, lebih2 lg dlm mengurangkan kesan pms. olive oil bertindak sebagai antioxidant. olive oil juga kurangkan cramp, improve liver function, lawan inflamation dan sebagainya.

      perubahan cycle boleh jd disebabkan perubahan gaya hidup secara tiba2, atau penurunan berat badan yg mungkin disebabkan kekurangan nutrisi.biasanya dlm kes diet

  16. goreng dada ayam dengan minyak zaitun boleh ke???

    1. apa yg goreng, tetap goreng, walapun minyak apa digunakan. cuma lebih baik sikit daripada goreng ngan butter. tp kalau boleh, jgn goreng. lg baik. bakar

      1. Sandha L Danielle says:

        Dato..saya dapat fakta minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng yang memerlukan suhu tinggi yang pasti merosakkan zat minyak zaitun itu sendiri. Malah akan membahayakan kesihatan lebih daripada minyak makan kalau dipanaskan pada suhu terlampau tinggi macam menggoreng. Minyak sawit adalah paling sesuai untuk penggorengan atau menumis. Minyak zaitun hanya sesuai dicampur gaul dalam salad. Maaf jika saya tersilap.

          1. Sandha L Danielle says:

            thx dato sudi betulkn fakta tu..suka blog ni.

  17. eesbee786 says:

    Salam tuan..

    jika mahu minyak zaitun yg sedap d minum, dapatkan Extra Virgin Olive Oil keluaran Palestin..
    xder rasa nak muntah pun bila d minum..
    tapi sukar d dapati d pasaran sbb sekatan ekspot d negara berkenaan..
    minyak zaitun keluaran negara lain memang sukar nak minum sbb rasanya sukar nk masuk tekak, saya dah cuba dah…

    jika kengkawan nak, bole hubungi saya utk saya tolong dapatkn minyak zaitun ori dari Palestin…….
    apa pun terima kasih kepada Tuan Zaki Khan (empunya webpage ini)

    1. assalam. sy minat nak beli extra virgin olive oil dr palestine. camne nak order ya? tq

  18. adakah setiap orang yg minum minyak zaitun tekaknya jadi perit (seakan tajam) atau hanya saya saja yg mengalaminya?

    1. shira_090983 says:

      haah sy pon ase perit..

    2. rasa perit itu menunjukkan minyak itu tulin….

    3. Saya ada amalkan minum 1sudu extra virgin olive oil setiap pagi dan malam. Kesannya rasa lebih bertenaga setiap hari.sy pernah minum yg dari sepanyol dan timur tengah. Yg dr sepanyol lebih sedap dr yg dr timur tgh yg mana rasanya lebih tajam.tp x tau la mana yg terbaik.tp x bercadang pula cuba yg lg mahal. Rasanya cukuplah yg harga sekitar RM20 utk 500ml. Janji juga berkhasiat. Alhamdulillah..

  19. Ada benarnya kebaikan minum miyak zaitun ini,ada dalam buku bertajuk Mengapa Rasullah tidak pernah sakit tulisan Dr adi Hashman diterbitkan oleh PTS Publication.Sy akan pergi beli yg sama spt dlm pic ini.Terima kasih kepada En Zaki Khan yg menulis.

  20. Salam…
    Cuba campur 1 sudu minyak zaitun extra virgin + 1 sudu date vinegar ( cuka kurma) + 1 sudu madu….
    Mix Dan minum before breakfast n before bed…
    Rasa sedap Dan banyak khasiatnya

  21. shira_090983 says:

    salam semua.. myk zaiton mmg bgus.. sy dah amalkn sejak sebulan yg lalu.. sy minum 1sudu sebelum tido.. bukan tiap2 mlm tapi alternate.. kesannya, tekak akn ase perit sbb sy senang kena tonsil, tapi sejk gne myk zaiton ia bkurgn. bukan itu sj, bgus tuk rambut, pnjagaan muka.. dlu rambut sy senng gugur, skg da kurg. muka plak dlu tiap buln mesti ade je 5-6bj jerawat naik.. skg kulit mkin licin.. sy minum myk zaiton ‘bertolli olive oil extra light’. igt klu da abis sebotol ni, nk try yg extra virgin plak..

  22. Salam
    Bolek tak kita adunkan 1 sudu minyak zaitun + 1 sudu madu kedalam air suam dan minum sebelum sarapan ?

  23. kalau minum olive oil ni + apple cider vinegar boleh ke? Then lepas tu makan kena jaga juga, atau boleh makan ikut suka?

  24. Allegro Olive Oil 100% pure 250ml ni ok ke dato?

  25. im little confuse here…..bleh ke xbleh dato?sy dah beli cuma confuse elok ke x nk mkn?

  26. ok..thnx a lot dato…

  27. salam, now masak all guna minyak zaiton, ok ke? tmsuk masa tumis2. or hanya efektif bila minum je!

  28. m.shadows says:

    salam bro zaki yg dihormati…..gua nk ckit, miyak zaiton nie ok ker utk mass gainer??? sbb gua nk besarkan badan… gua bace info kat atas minyak zaiton nie mcm lbh pade cutting jer…

      1. m-shadows says:

        10q dato’…..lg 1 bro, gua nk tnye pasal p’ambilan ice cream sblm tido.. adakah ia dpt mmbntu utk proses pmbesaran badan…kandungan ape yg ade dlm ice cream tu yg boleh mmbesarkan badan??
        dan jugak telur sblm tido?? ok ke??

        1. boleh membantu tambah besar kat perut. carb terlalu tinggi dlm ice cream. bdn x perlukan dan akan simpan apa yg berlebihan.

          1. m-shadows says:

            ooo…ok dato’… in4 yg sgt bergune utk gua.. toce toce

  29. Memang minyak zaitun sangat baik unt kesihatan sejak baca entri dato tentang minyak zaitun 3 bulan lepas sy terus ambil minyak zaitun resultnya membantu penurunan berat badan dng baik dan rupanya baik unt kesihatan senang lawas pulak tu. Sekarang saya dah jadi ejen minyak zaitun so sapa berminat nak sms la saya 016-4401200 MINYAK ZAITON DIIMPORT DARI SYRIA 100% EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (MECHANICALLY COLD PRESSED UNFILTERED ) sangat la bagus

    1. m-shadows says:

      za’faaran ade x??

    2. berapa harga utk 1 botol? penghantaran macam mana?

  30. Assalamualaikum , saya nak bertanya .. dato cakap dlam pelan pemakanan tu satu sudu pada pukul 9am, 3pm , 9pm . jadi maksud nya 3sudu sehari ker ? tpi selepas saya baca komen2 , dato cakp yang dato ambil satu sudu sehari jer , … jadi mana satu yang betul . maaf kalau bertanya . .sebab sya xnak mengambil makanan secara berlebihan ..

    1. sy amik 1 sudu sahaja. dlm contoh, sy letak lebih.
      apa2 pun, bergantung pada berat n sasaran kalori.
      minyak zaitun still kalori. jd kena amik kira. 1 g=9calori

      1. saya nak tambah sikit je lagi size badan .agak2 nya cara pemakanan saya ada yang kurang x?

        ok , pelan pemakanan saya macam ni ;

        7pagi : oat(2sudu) + 2 biji telur omega 3(kuning telur sekali)

        9 pagi : whey +oat(1sudu)

        tghari : nasi + dada ayam + sayur2

        3ptg : whey +oat(1sudu)

        6ptg : nasi + dada ayam + sayur

        8-9.30 mlm : workout

        10 mlm : whey +oat (2sudu)

        ok x ? atau saya kena makan jugak ke lepas workout? kalo sya minum whey+ oat +pisang jer boleh ker ?

        maaf kalo soalan sya panjang sgt.

        1. lepas workout tambah lg 1 meal solid.
          x dpt nak komen lebih berikutan tidak disertakan detail lain seperti berat. secara overall nampak clean cuma makanan daripada sumber natural cam kurang

          1. berat saya 75kg, tinggi 177cm . .makanan natural yang macam mana dato ? buah2 ker .

          2. saya da beli olive oil extra virgin , allergo jenama dia.. tpi sya xnampak logo halal ? adakah produk itu halal ?

  31. assalamualaikum semua…..minyak zaiton ni memang bagus…..sekarang ni pon saya dah jadi pengimport minyak zaiton (extra virgin olive oil dari turkey) bulan jun sampai lah satu kontena……sape2 yg berminat nak jadi agent pengedar boleh lah hubungi saya 017-3441499.
    saya menawarkan harga yang amat menarik untuk semua.

    500ml ;rm20/btl
    750ml;rm30/btl
    1000ml;rm35/btl
    terima kasih kepada empunya blog

  32. Salam..nk btanya cikit..klau sy ada ambik fat burner di mkn sebelum bfast..so mcm mane nk set masa untuk ambik mintak zaitun ni,sedangkan lagi elok ambik minyak zaitun masa awal pagi sebelum bfast..adakah ia efektif jika ambil serentak sekali..minta penyelasan..

  33. Assalam. Nak tanya, kat mana boleh dapat minyak zaiton ni ye? saya nak guna untuk massage mak saya kerana beliau mengalami strok. antara extra virgin, virgin or pure, which one better for massage? tahnk you.

    1. mie besibaru says:

      shj ingin membantu boleh ye..saya bli kt Tesco brand Naturel 500ml hrga rm25.00, mgkin bleh dpt lg murah kt psraya lain..saiz ni klu shari 1 sudu kira jimat gak..tq dato

    2. saya supply minyak zaitun terbaik dari yaman

      bole hubungi 0111 2173090

  34. Kami pengimport dan pengedar minyak zaitun dari Eropah Timur. Kualiti setanding minyak zaitun pokok yang hidup 500 tahun di Greece.
    Dijamin kualiti dan harga berpatutan.
    Harga runcit kami RM35 bg 500 ml.
    Utk borong sila hubungi 012 9090599

  35. Minyak Zaitun brand ~ “BERTOLLI” CLASSICO OLIVE OIL. MILD TASTE best for sauces, roasting, grilling – utk masakan aje kan!!… sesuai k kalau d sapu pada badan dan utk d minum. (hi! hi!,,, dh tersalah beli!) need ur advice pls!!! tq

  36. saya pengedar kapsul minyak zaitun extra virgin syria menggunakan penghasilan minyak dari proses cold press yang pertama di Malaysia.jika berminat hubungi 0162793391(zahrah)

  37. sitinoorma says:

    tq.maklumat semakin bertambah dan menambahkan lagi keyakinan dan keimanan terhadap Allah dan rasul.saya sudah makan minyak zaitun extra virgin dari syria bumi anbiya’ bermula Julai 2012 dan sekarang saya teruja ingin menyebarluaskan pemakanan sunnah ini. saya amat berharap agar kita dapat mengamalkan sunnah rasul ini kerana pahala mengamalkannya di akhir zaman ini adalah besar dikala orang lain makin jauh meningggalkan sunnah. mudah sahaja hubungi saya di 017-7754282

  38. yang jd permasalah nye mmg x diketahui adakah mnyk zaitun perlu ada kehalalan nye coz kadang2 dipasaran ada yg dari itali jd cm ne leh kompom halal ke…..saya yg ingin tahu….

    1. Saya tak ariff tentang pemprosesan. Cuma saya tak nampak isu proses yg menjadikannya haram.

  39. gud info..btw out of topic jap tp nak sangat tahu, teh hijau yg camne untuk diet, sbb teh boh pun ade yg jnis teh hijau…plssss help…

  40. boleh tak terangkan apakah perbezaan antara minyak zaitun dengan minyak kepala dara dan manakah yg lebih baik utk kesihatan?

  41. Adakah minyak zaiton sesuai diminum orang kurus?

  42. As Salam Dato’,
    kalau untuk sakit gout,darah tinggi ke sesuai tak amalkan minyak zaitun nie.ada dengar boleh amalkan pagi 1 sudu minyak zaitun + 1 sudu minyak habbatussauda + 1 sudu madu..boleh ke ni..

      1. terimakasih..contoh kalau saya ada cuka epal atau cuka kurma boleh tak saya tambahkannya…saya dengar cuka epal baik untuk sakit gout..betul ke..macam mana dengan cuka kurma…tq

  43. Salam Dato ZK,
    ada beza tak organic dan yg biasa? saya jumpa kat econsave ada tulis extra virgin ‘organic’ dan extra virgin biasa. thanks 🙂

      1. ooooo ye ke dato….nampak ada jual hari tu….tapi dah beli extra virgin biasa…next time la beli yg organic plak….tak banyak beza kan?
        Anyway thanks so much for the reply..

  44. saya ingin memili buku koleksi diet. bagaimana caranya untuk memilikinya?

  45. brapa nilai kalori untuk stu sudu teh minyak zaitun

  46. Minyak zaitun sgt bsgus dan banyak khasiat.saya dah minum bersama cuka apple utk percepatkan proses penurunan berat badan.Saya ambil bersama produk Alpha lipid sd2…sgt berkesan.Ramai kwn2 dah cuba produk ni….Insyaallah..cuba la.Berminat boleh hubungi saya:0134695898..Ada pakej n diskaun menarik…terima kasih en.zaki…

    1. pndapat saya ..cuka dan susu tak boleh diminum bersama .. bahaya pda usus .. btl tak zaki ?

  47. ada sumber halal dari jakim tak?

  48. Salam En. Zaki, saya ada 2 soalan;

    1: Oilve oil ni boleh membantu memulihkan penyakit heartburn sy ke?
    2: Sy amalkan minum kolegen kinohimitsu alternate setiap pg bfore bfast, boleh ke sy minum olive oil di waktu mlm sblm tido?

    1. 1. ada a few research suggest olive oil membantu dlm kes asid reflux. boleh cuba.
      2. sy x brapa galakkan sebelum tido. better pada waktu bgn tido.

  49. Boleh ke minum minyak zaitun sekali dengan beberapa biji supplement lain mcm vitamin shaklee?

    1. dua benda berbeza, tapi masuk kategori supplement yg tak perlu pengasingan.

  50. blh tak minum minyak zaitun then trus minum milo or tea or roti sb x tahan rasanya. tq

  51. apa bezanya kalau kita mengambil minyak masak biasa setiap pagi berbanding mengambil minyak zaiun ?

  52. Mula2 makan rasa nak muntah tapi pelik leher tak menolak langsungpun. Then lama2 baru OK. Mula2 terbaca pasal minyak ni dalam sebuah majalah wanita. Seorang wanita berkongsi petua menurunkan berat badan. Saya amalkan makan minyak satu sudu ni awal pagi sebelum sarapan dan satu sudu sebelum tidur. Hasilnya memang menakjubkan. Tapi minyak zaitun yang saya makan tu jenama yang en zaki share tapi jenis pure. Saya habiskan yang pure ni dulu, lain kali akan beli virgin atau extra virgin
    p/s minyak perlu ada tanda halal juga. bimbang ada pengeluar yang mencampur dengan lemak haiwan

  53. assalamualaikum saudara zaki..nk tanya , kalau saya ambil sudu mnyak zaitun dngan 2 bji tlur half boiled stiap pg ok x ?

  54. Bleh kea minum mnyk zaitun n ambk supplement shaklee?

  55. klw amik mintak zaitun 1 sudu teh +1 sudu teh cuka apple boleh x ? utk turunkn kolestrol

  56. Assalam … en.zaki saya ade 1 soalan yg mengelirukan saya… saya sudah pun beli minyak zaitun bertolli classico olive oil… tapi takde logo halal… adoii ..risau pula… nak bg untk anak saya… boleh en.zaki @ sesiapa saja yg bolh membantu saya … ada tak sesiapa yang menggunakan minyak zaitun brand ini… sy cari2 mmg takde tanda halal… boleh guna ke..?? terima kasih banyk kpada org yg membals komen ini…

    1. hmm… susah nak komen bab halal. kalau xde, mungkin possibility company tu tak minta sijil halal.

  57. Dato klau sy mkn protien weight gainer slps dn sblm workout.. then mlm sblm tido sy minum minyak zaitun boleh tak? Berat sy dpt bertambah ke?

  58. UmmuAqeel says:

    Bolehkah minyak zaiton diminum ketika sedang haid, mengandung, melahirkan dan menyusukan anak?

  59. Ibnu Arasy Dzikrillah Mohd Efendi AL-Arasy Bin Mat Daud. says:

    Saya dah minum dah banyak minyak zaitun :-

    Minyak zaitun natural organik extra virgin rasa sedikit pahit dan pedas pada tekak.

    Minyak zaitun olive house dari turkey rasa biasa biasa sahaja semasa di kerongkong.

    Minyak zaitun 30PLUS olive house rasa pahit berdengung di tekak.

    Minyak zaitun caviar gel Power up olive house rasa seperti minyak zaitun 30plus…

    Saya paling suka minum minyak zaitun Naturel organik extra virgin olive oil dari SPAIN sebab rasa pedas dan sedikit pahit di kerongkong…selamat mencuba makanan sunnah…. Minyak Zaitun Terbaik ? untuk kesihatan luaran dan dalaman.

  60. Ibnu Arasy Dzikrillah Mohd Efendi AL-Arasy Bin Mat Daud. says:

    Saya dah minum dah banyak minyak zaitun :-

    Minyak zaitun natural organik extra virgin rasa sedikit pahit dan pedas pada tekak.

    Minyak zaitun olive house dari turkey rasa biasa biasa sahaja semasa di kerongkong.

    Minyak zaitun 30PLUS olive house rasa pahit berdengung di tekak.

    Minyak zaitun caviar gel Power up olive house rasa seperti minyak zaitun 30plus…

    Saya paling suka minum minyak zaitun Naturel organik extra virgin olive oil dari SPAIN sebab rasa pedas dan sedikit pahit di kerongkong…selamat mencuba makanan sunnah…. Minyak Zaitun Terbaik ? untuk kesihatan luaran dan dalaman.

  61. Efendi AL-Arasy Bin Mat Daud.
    Saya dah minum dah banyak minyak zaitun :-

    Minyak zaitun natural organik extra virgin rasa sedikit pahit dan pedas pada tekak.

    Minyak zaitun olive house dari turkey rasa biasa biasa sahaja semasa di kerongkong.

    Minyak zaitun 30PLUS olive house rasa pahit berdengung di tekak.

    Minyak zaitun caviar gel Power up olive house rasa seperti minyak zaitun 30plus…

    Saya paling suka minum minyak zaitun Naturel organik extra virgin olive oil dari SPAIN sebab rasa pedas dan sedikit pahit di kerongkong…selamat mencuba makanan sunnah…. Minyak Zaitun Terbaik ? untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Leave a Reply to abu dzar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: