Adakah Anda Buat Kesilapan Ini? Feb06

Kongsi

Adakah Anda Buat Kesilapan Ini?

Menambah otot adalah mudah jika anda mempunyai pengetahuan dan disertakan dengan kerja keras. Tetapi jika mempunyai program yang betul, hendak kekal dengannya pun bukan mudah. 10 Kesilapan-kesilapan biasa dilakukan:

1. Tidak Cukup Latihan – anda mungkin fikir sudah cukup teruk berlatih, tetapi adakah badan anda betul-betul sampai ke limit? Untuk merangsang pertumbuhan otot, otot mesti dibelasah sehingga limit sehingga meransang otak menerima isyarat yang meransang untuk pertumbuhan otot untuk persiapan latihan seterusnya. Ini untuk mereka yang tidak memakai bantuan luar seperti dadah sukan. Banyak yang saya lihat, walaupun berlatih kaki, tapi masih senang bergerak seolah-olah tiada apa. 😀

NASC 2015

2. Latihan Terlalu Panjang – Banyak yang fikir, jika berlatih lama lagi bagus. Betul ke? Saya selalu lihat mereka yang berlatih sehingga 3-4 jam sehari. Untuk apa? Korang takde kehidupan lain ke kat luar? Latihan yang bagus cuma mengambil masa 45-60 minit. Ada latihan boleh berlatih secara berpasangan. Tetapi jika menyasarkan bakar lemak dan berpasangan, memang kesilapan besar. Ini kerana dengan berpasangan, masa rehat bertambah. Untuk bakar lemak, kita memerlukan masa rehat minimum sekitar 10 saat, bukan 3 minit. Kebiasaannya, yang jadi sehingga 3-4 jam disebabkan berlatih sampai 3-4 pasangan atau pun terlalu banyak borak di dalam gym.

3. Makan Terlalu Banyak – Saya ingat lagi, ketika saya baru mula bersenam dahulu, saya diajar untuk makan sebanyak mungkin. ‘Saiz’, kata jurulatih saya dahulu. Betul ke? Tidak betul sama sekali, seeloknya makan mengikut keperluan. Jika memerlukan 4000 kalori sehari tetapi kita makan 6000 kalori sehari, yang lebih akan ke mana? Akan disimpan di perut. Jika untuk membesarkan badan, buat penambahan 300-500 kalori atau sekitar 10% penambahan, bukan lebihan 2000-3000 kalori. Ketika membesarkan badan boleh ikut diet 50:30:20, karbohidrat:protein:lemak. Makan makanan yang betul penting dalam bina otot.

4. Tidak Cukup Rehat – Rehat yang cantik adalah sekitar 72 jam untuk bahagian otot yang besar dan 48 jam untuk otot-otot kecil. Manakala tidur berkualiti adalah sangat penting untuk pemulihan. Tidur sekurang-kurang 8-10 jam sehari untuk pemulihan maksimum.

5. Tidak Cukup Latihan Asas – Kekal pada senaman asas seperti squat, deadlift, bench press untuk mengukuhkan asas. Senaman ini adalah gerakan kompoun yang menggunakan lebih daripada satu sendi dan melibatkan kebanyakan otot besar. Mereka mempunyai pengaruh besar dalam meransangkan serat otot untuk tumbesaran.

6. Kurang Motivasi – Untuk berjaya, anda harus menjadi orang yang mampu bekerja keras berulang kali untuk satu jangka masa panjang. Konsistensi adalah rahsia kejayaan. Anda mesti mempunyai sesuatu yang memberi anda semangat berterusan untuk ke gym, mungkin kerana sesuatu, atau mungkin dicabar, dan lain-lain.

7. Tidak Menetapkan Matlamat dan Tarikh Akhir – Dalam bekerja, jika tiada tarikh akhir untuk siapkan sesuatu kerja, biasanya kita akan melambat-lambatkannya. Begitu juga dalam gym, jika kita tidak meletak sasaran, hendak jadi bagaimana? Berapa besar? Berapa kuat? dan bila sasaran kita? susah untuk cecah apa yang diharapkan. Berlatih bertahun-tahun tetapi tiada matlamat yang jelas.

8. Tidak Bertanding – Bertanding tidak semestinya bertanding di atas pentas atau masuk pertandingan. Bertanding paling kurang pun dengan diri sendiri. Bagaimana badan kita dua bulan lepas jika dibandingkan sekarang? Atau bagaimana hasil diet tahun lepas jika dibandingkan dengan tahun ini. Bagi mereka yang bertanding di atas pentas, boleh membezakan apa bezanya tahun lepas dan tahun ini. Saya sering lihat, mereka yang bertanding setiap tahun, badan sama je, tiada perubahan. Lakukan perubahan!!!.

9. Mengelak Latihan – Untuk terus berkembang, konsitensi adalah faktor penting. Badan anda adalah organisma biologi, dan dengan demikian, perlu rangsangan setiap masa. Untuk kemajuan maksimum, anda perlukan jadual teratur walaupun ada masanya kita perlu berehat untuk menggalakan lagi tumbesaran.

10. Tidak Mencuba Benda Baru – Banyak daripada kita gagal kerana tidak berani mencuba benda baru. Setiap tahun hanya melakukan benda yang sama. Tidak berani buat perubahan. Badan memerlukan sesuatu yang baru supaya tidak bosan. Kita sendiri bosan kalau tengok satu DVD ulang 100 kali, begitu juga badan kita.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini