Air Ais dan Air Sejuk

‘Boleh ke saya minum air ais?’
‘Elok ke minum air sejuk? Ada orang kata boleh tangkap sendi’
Kursus Kecergasan 2024

Buat masa ini, tiada kajian saintifik menunjukkan bahaya minum air ais. Cuma terdapat teori yang mengatakan bahawa minum air ais secara berterusan boleh membahayakan anda. Ada yang mengatakan bahawa, meminum ais untuk satu jangka masa panjang boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti penambahan berat badan, batuk, sakit kepala, sakit lutut, masalah perut, imuniti badan yang lemah, kemandulan dan lain-lain.

Berdasarkan teori yang suhu purata badan yang normal adalah 37°C. Minum air ais akan menurunkan suhu dan melambatkan sistem tenaga serta peredaran darah dalam badan. Kesejukan boleh terperangkap di dalam badan sehingga tenaga tidak dapat dialirkan dan menyebabkan sakit-sakit sendi dan sebagainya. Masalah-masalah lain juga mungkin muncul termasuk ketidaksuburan, penuaan lebih cepat dan sebagainya.

Jika peredaran tenaga perlahan, ia melambatkan metabolisme dan mengakibatkan penambahan berat badan yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Air ais juga dipercayai menghalang proses penghadaman dan melambatkannya. Hasilnya makanan tidak dicerna dengan betul, membawa kepada pembentukan bahan toksik di dalam usus kecil.

Terlebih dahulu, semua itu TEORI sahaja. Tiada bukti saintifik menunjukkan perkara sedemikian. Terdapat kajian menunjukkan, minum air sejuk memaksa badan menghasilkan tenaga haba dengan pembakaran melebihi 70 kalori. Ia sekali gus membakar kalori berlebihan.

Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat. Pernahkah anda ketika sedang joging, minum air suam atau suhu bilik dan terasa seolah-olah air tersebut bergoncang di perut? Ini adalah kerana air tersebut mengambil masa yang lama yang agak lama untuk turun ke usus. Untuk pengetahuan anda, air tidak diserap di perut tetapi di usus kecil.

Air bersuhu rendah dapat turun ke usus dengan lebih cepat. Ini apa yang dipanggil rate of empty stomach (kadar pengosongan perut). Cuba bayangkan ada satu penapis antara perut dan usus kecil. Air suhu biasa, jarak di antara molekul lebih jauh manakala air bersuhu rendah jaraknya lebih dekat. Bayangkan air bersuhu rendah lebih kecil, yang mana mampu melepasi penapis dengan lebih cepat? Menurut kajian, air bersuhu 2-4°C iaitu menghampiri tahap beku lebih cepat turun ke usus kecil.

Apa kata ZK?

Minumlah air sejuk ketika badan memerlukan air dalam kadar yang segera seperti ketika bersenam, melakukan kerja-kerja berat dan sebagainya. Elakkan terus minum air yang dicampur dengan ais, biarkannya seketika dahulu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

22 thoughts on “Air Ais dan Air Sejuk

    1. Will Smith says:

      penah baca jawapan dari Dr Ismail Thamby, minum ais tiada kaitan dgn kemandulan atau cepat pancut…

  1. bagi atlit ais sememangnya boleh mengurangkn stamina tetapi minuman yg disejukkan dlm peti ais tidak memberi kesan pd stamina…

    1. ais dan air dlm peti ais, lebih kurang je kan sejuk nya?

    2. buat masa ni, masih teori.

      tp air sejuk elok utk atlet bg mengembalikan liquid yg hilang dari badan ketika bersukan

  2. nur_fatihah says:

    bila nak blaja i minum dato?

  3. salam dato..

    hari nie terbaca entri nie..sy nak tanya klu kita amalkan meminum air sejuk setiap masa seperti masa di pejabat,masa kat rumah bukan time kt bersukan saja la..ok ke x..air suam plak mcm mn dato..sy dlm menurunkan berat bdn..

    1. jgn sepanjang masa. kalau boleh time memerlukan dlm waktu segera, contoh time training n lepas training.

  4. kalau minum protein shake,better gune air sejuk ke air biase dato’?

  5. salam.. mungkin saudara boleh kaji dengan lebih terperinci berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh color vibration therapy? sebab color vibration therapy ni byk menggunakan ais dalm terapi alternatif mereka seperti mandi ais.. dan ada teori mereka yang mengatakan badan kita sebenarnya tahu utk “meminta” apa yang ia perlukan, cthnya, cuaca panas atau kita penat mengeluarkan peluh, badan pasti akan meminta minuman yg sejuk.. sbb bila minum air suhu biilk, mcm takde rase ape2

  6. pernah terbaca…minum air sejuk juga boleh meningkat kan metabolisma badan kerana bila air sejuk masuk kedalam badan..tubuh akan berusaha lebih kuat untuk mengembalikan suhu kembali normal..emmm logik jugak kan..

  7. tadi buat workout bebanan,dlm pertengahan tu try la minum air sejuk mcm yg dibaca ni,terus jd penat semcm,dan rasa nak pitam..mgkn belum biasa kot..

  8. Trma kasih Atas info Sgt brmanfaat buat sy pelajar psikologi sukan

  9. Kata orang minum ais pagi2 nanti cepat sakit urat sendi2..fakta ke mitos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: