Arena Bina Badan Apr09

Kongsi

Arena Bina Badan

Ada yang bertanya, apakah akan ada perubahan dalam bina badan di Malaysia?

Bagi saya, mutu bina badan di Malaysia akan kekal berada di tahap yang sama. Setiausaha Persekutuan Bina Badan Malaysia, Komander Bersara Kamaruzaman sendiri telah menolak perubahan yang ingin dilakukan pada dunia bina badan, iaitu pertandingan bercorak baru dengan hadiah lumayan, mr Don Classic yang pada mulanya dirancang diadakan pada 29 April 2012 di Genting Convention Centre, Genting Highland. Kenapa Komander menolak? Kerana dia terjerut buah pinggang apabila melihat nama Zaki Khan sebagai penaja sehingga terpaksa buat dialisis seumur hidup. Komander juga berniat untuk mempertahan mr Pasar Malamnya dengan berbangga, gabenor pun datang menghirup aroma babi panggang di situ.

Sekadar gambar hiburan

Kursus Kecergasan 2017Apabila bercerita pasal komander, tetiba saya teringat sebuah kisah yang diceritakan pada saya. Saya tak pasti samada orang sama atau tidak. Kisah penyelewengan duit dalam persatuan OKU. Kononnya bukti masih disimpan. Dengar cerita, mereka yang terlibat dalam kes itu terus tukar kereta ketika itu. Adakah komander terlibat? Sekadar persoalan disebabkan nama yang naik seolah-olah sama.

Berbalik kepada persoalan, kenapa sebenarnya mr Don Classic ditangguhkan? Segalanya berpunya daripada Vincent Ho atau menggunakan nama Mohd Halim H. Dia merancang mengenakan saya setelah sekian lama. Sejak daripada awal perancangan, dia terlibat. Bukan sekadar pemerhati tetapi penasihat. Segala bukti menunjukkan penglibatannya daripada awal ada disimpan. Daripada tahun lepas lagi, dah minta dia berbincang dengan Komander tetapi sehingga minit terakhir ditangguhkan. Apabila berlaku pertemuan dengan Komander yang didesak oleh pihak DK Group, Vincent mengatakan dia tak tahu menahu pasal mr Don Classic dan tidak terlibat langsung walaupun bukti jelas menunjukkan dia terlibat daripada awal. Nampak sangat talam dua mukanya. Dia cuba mengenakan saya dan pihak DK Group dengan tidak memberitahu apa yang sepatutnya diberitahunya kepada Komander daripada tahun lepas. Adakah Komander meluluskan permohonan Persatuan Bina Badan Pahang (Baru) menjadi gabungan?

Mungkin ramai tidak mengenali Vincent Ho seperti yang kami semua kenal. Dia menggunakan nama Islam semata-mata kerana agenda politiknya. Kononnya dia sudah 20 tahun memeluk Islam, tetapi cuba minta tengok kad pengenalannya, sampai sekarang tidak ditukarnya. Dia menggunakan nama Islam sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan untuk mengambil hati ahli Parlimen yang didekatinya dan juga sebagai proxynya. Namanya sebelum ini ada dalam Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, kemudian dia menggunakan nama Mohd Halim H di dalam Persatuan Bina Badan Pahang (Baru). Dia cuba berkuasa dalam 2 persatuan bina badan. Apabila disedari Komander, dia menukar nama di Pahang kepada orang lain tetapi masih jelas, dia dalang di Pahang. Apa yang saya jelas tentang dia, setiap kali diajak untuk solat, dia sentiasa menolak. Kemudian, saya pernah duduk borak dengan seorang kawan yang lebih mengenalinya dan diberitahu, Vincent masih ke gereja ketika dalam Islam. Apa tujuannya?

Baru-baru ini, dia ditendang keluar daripada Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur tetapi dia memberitahu semua bahawa dia meletak jawatan. Sepanjang saya kenal dia, dia selalu memburukkan presidennya, Subramaniam. Kata itu, ini mengenai Subra. Saya tidak begitu mengenali Subra dan secara kebetulan ada seorang yang berurusannya dengannya di bank. Cerita daripada Subra ternyata berlainan daripada apa yang diceritakan Vincent. Vincent tidak pernah beritahu apa yang disepatutnya diberitahu. Segala jemputan menghadiri majlis, Vincent sendiri pergi untuk menaikkan namanya dan dalam masa sama, dia memburukkan Subra di belakang. Beginikah etika seorang setiausaha? Panjang jika hendak bercerita mengenai Vincent Ho. Bagaimana dia mencuri kumpulan yang saya tubuhkan demi kepentingan dia dan sebagainya. Kononnya pertandingan bina badan remaja yang dianjurkan semalam di Bukit Kiara sangat teruk sehingga terdapat komen mengatakan, pertandingan terteruk dalam sejarah bina badan Malaysia, dengan hanya 4 peserta dan terlalu kurang penonton. Hati-hatilah jika berurusan dengannya.

Saya tidak berminat campur lagi dunia bina badan dan mungkin mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Malek Noor, tidak mempromosikan lagi sukan bina badan. Sukan bina badan mempamerkan aurat. Cukuplah sekadar terlibat dengan senaman dan penjagaan badan untuk tujuan kesihatan dan bukan diperagakan.

Nota: Minggu ini saya menduduki peperiksaan, jadi kemungkinan tidak ada kemaskini blog sehingga selesai kertas terakhir. Doakan yang terbaik untuk saya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube