Bentuk Badan VS Metabolisme Jun02

Kongsi

Bentuk Badan VS Metabolisme

Sebelum ini saya pernah bercerita pasal bentuk badan manusia yang dikategori dalam 3 kategori iaitu mesomorph, endomorph dan ectomorph dalam entri Bentuk Badan. Kenapa kita perlu kenali bentuk badan kita sebelum memulakan sesuatu program diet? Bentuk badan kita mencadangkan kelenjar mana yang mengawal kadar metabolisme badan kita. Ada 4 kelenjar yang mengawal kadar metabolisme badan kita iaitu:

1. Thyroid
2. Adrenal
3. Gonadal
4. Pituiary (kelenjar di bawah otak)

Jenis Thyroid

Mereka dalam kategori thyroid cenderung naik lemak di bahagian pinggang, atas pinggang dan peha. Pendekatan yang terbaik bagi jenis ini adalah mengawal kemasukan gula dan meningkatkan daya tahan otot.

Jenis Adrenal

Mereka dalam kategori ini cenderung menambah lemak di bahagian belakang atas, buah dada dan perut. Pendekatan terbaik adalah melalui latihan regangan dan latihan hipertrofi.

Jenis Gonadal

Mereka cenderung menambah lemak di bahagian bawah badan menjadi bentuk pir, bawah besar dan atas kecil. Perlu lebihkan latihan bahagian bawah badan.

Jenis Pituitary

Mereka dalam kategori ini menambah berat badan secara akumulasi ke seluruh badan. Latihan yang sesuai adalah jenis kekuatan dan hipertrofi.

(Terdapat juga kajian yang memecahkan bentuk badan kepada 25 jenis)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube