Bentuk Badan Dec25

Kongsi

Bentuk Badan

Kita ke anatomi badan. Kenapa perlu tahu anatomi? Pernah 1 hari, saya bagi talk, bercerita pasal train calf, boleh plak ada yang tunjuk calf itu shoulder. :D. Terdapat 3 jenis bentuk badan. Bentuk badan ini tidak boleh diubah walaupun bagaimana kita berlatih sekalipun. Tak kira apa jenis, kita masih boleh membentuk, turunkan berat jika mengikut garis panduan yang betul.

Mesomorph – Mereka yang berotot dengan bahu yang luas, pinggang yang kecil, badan berbentuk atlet, rendah kandungan lemak dan tinggi kadar metabolisme

Ectomorph – Mereka yang kurus, berotot kecil, kadar metabolisme terlalu tinggi, rendah kandungan lemak, bahu yang kecil

Endomorph – Mereka yang bertulang besar dengan muka yang bulat, badan yang lembut, pinggul dan pinggang yang besar, rendah kadar metabolisme, tinggi kandungan lemak.

Anda dalam kategori mana?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube