Borak-borak Zaki Khan Siri 17 Apr18

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 17

Sejak tiga bulan lepas, saya agak aktif dalam sukan orang kuat. Pada 26 Februari 2012, Team ZK yang diwakili Saya, Amran dan Hasrol menyertai Singapore Strongman Challenge. Saya kurang bersedia berikutan kesibukan kerja dan mengharapkan Amran boleh menyahut cabaran di Singapura, tetapi pasukan Singapura sangat mantap. Saya mendapat tempat ke 33, Amran tempat ke 18 dan Hasrol tempat ke 36.

Amran, Hasrol, Zarol

NASC 2015

Zarol, 16 tahun

Hanya seorang daripada Malaysia berjaya ke pusingan akhir iaitu Asri dan akhirnya mendapat tempat ke 10. Tahniah diucapkan. Tak lupa juga seorang atlet muda daripada Malaysia, Zarol berusia 16 tahun yang berjaya mendapat tempat ke 23 daripada 60 peserta. Ada 3 rutin peringkat saringan iaitu, tyre flip 350kg, tarik lori rhino bomba 4 tan, dan farmer walk 240kg.

Singapore Strongman Challenge

16 April pula, Saya seorang sahaja mewakili Team ZK ke Pertandingan Orang Kuat Johor. Saya mendapat tempat ke 11 daripada 40 peserta. Agak kecewa kerana tidak mendapat tempat 10 terbaik. Jantung saya tidak bersedia untuk acara penuh stamina ini. Kesilapan teknik ketika acara deadlift menyebabkan besi terhempas di bahagian cervical spinal cord. Semoga kecederaan cepat sembuh. Peserta terdiri daripada 4 negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Iran. Rutin peringkat saringan ada 5 iaitu tyre flip 150kg, deadlift 200kg, farmer carry 100kg, stone circle 200kg dan fingal finger 240kg.

9 peserta akhir, Asri di tengah

Hafni Talib (Indonesia), Asmu'i (Malaysia)

Jika berkesempatan, saya nak betul-betul bersedia untuk sertai pertandingan orang kuat tahun depan. Tak puas hati rasanya kalah begini. 😀

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini