Cerita Telur May05

Kongsi

Cerita Telur

Bila bercerita pasal telur, ramai yang akan kata kuning telur itu bahaya. Betul ke? Tahukah anda bahawa kuning telur kaya dengan pelbagai antioksida, vitamin A, vitamin B, garam mineral, folate, choline, lutein, omega dan lain-lain? Adakah pengambilan kuning telur menyebabkan peningkatan kolesterol? Tahukah anda kolesterol penting untuk menjalankan fungsi-fungsi badan?


NASC 2015


Kolesterol secara umumnya ada 2 jenis, kolesterol yang baik (HDL) dan kolesterol yang tidak baik (LDL). Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Connecticut menunjukkan sekumpulan lelaki makan 3 biji telur sehari, kuning telur dan putih telur selama 12 minggu berjaya meningkatkan paras HDL sebanyak 20% dan paras LDL kekal pada tahap sama. Ini meningkatkan ratio HDL kepada LDL. Walaubagaimanapun, kumpulan yang hanya mengambil putih telur tiada perubahan pada paras HDL mereka. Paras HDL yang tinggi dan LDL yang rendah mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Paras LDL boleh direndahkan dengan pengambilan fiber dan senaman yang teratur. Jadi adakah kuning telur sebenarnya berbahaya kepada badan kita?

Omega-3, omega-6, dan omega-9 adalah asid lemak yang penting untuk kesihatan yang baik. Asid lemak ini memberi manfaat kepada kulit, rambut, sistem peredaran darah, pembiakan, pernafasan dan otak. Omega-3 dan omega-6 tidak dapat dihasilkan oleh badan tetapi badan dapat menghasilkan omega-9 daripada omega-3 dan omega-6.

Omega-3

Omega-3 mengandungi asid lemak tak tepu asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA). Omega-3 boleh ditemui dalam jenis ikan tertentu seperti salmon herring, mackerel dan lain-lain. Pada tahun 1976, seorang saintis berbangsa Denmark H.O. bang dan J. Dyerberg mempelajari diet Eskimo dan membuktikan bahawa diet tinggi omega-3 dapat menurunkan kadar trigliserida dalam darah dan mencegah terbentuknya plak pada arteri. Antara sumber yang boleh didapati dalam bentuk supplemen seperti minyak ikan, flaxseed oil dan lain-lain.

Omega-6

Omega-6 merupakan asid lemak perlu. Omega-6 mengandungi asid linoleat, dan ditemui dalam minyak sayur, kacang-kacang dan biji-bijian. Omega-6 juga ada dalam kuning telur. Omega-6 memberikan sumbangan untuk pembiakan yang baik dan perkembangan otak. Mungkin ada yang pernah dengar petua untuk mengambil telur kuning dan madu untuk kesihatan lelaki.

Omega-9

Omega-9 merupakan asid lemak yang ditemui dalam minyak zaitun, minyak nabati, alpukat dan kacang-kacang. Omega-9 menurunkan paras kolesterol dan memperkuatkan sistem kekebalan badan. Omega-9 dapat dihasilkan dari omega-6 dan omega-3. Tetapi kebiasaannya, ramai yang kekurangan omega-3 dan omega-6. Omega-6 mungkin lebih disebabkan ramai yang makan kuning telur.

Kekurangan asid lemak omega-3, 6 dan 9 boleh menyebabkan ruam kulit, keletihan, sistem kekebalan badan rendah, infertilitas dan masalah pada sistem pembiakan. Sebuah kajian pada tahun 2002 oleh American Heart Association menunjukkan hubungan antara pengambilan omega-3,6,9 dengan pengurangkan penyakit kardiovaskular. Pengambilan omega-3, 6 dan 9 juga membantu menyekat kalori berlebihan daripada terus masuk ke badan dan disimpan sebagai lemak.

Idealnya, pengambilan omega-6 seharusnya dua hingga 4 kali lagi banyak daripada omega-3. Satu kajian pada tahun 1999 oleh Workshop on the Essentiality of and Recommended Daily Intakes menunjukkan kepentingan nisbah ini. Pengambilan terlalu banyak omega-6 dengan terlalu sedikit omega-3 mungkin menyebabkan gangguan inflamasi seperti arthritis dan psoriasis.

Berbalik kepada soalan, adakah kuning telur berbahaya kepada badan kita? Pengambilan terlalu banyak dan tidak mengikut ratio pengambilan omega-3 yang memberbahaya sebenarnya. Jangan takut untuk mengambil kuning telur jika ratio anda dalam lingkungan yang sepatutnya. Tahukah anda, pengambilan kuning telur turut membantu dalam pembakaran lemak?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini