Corak Pemakanan 2 Jun12

Kongsi

Corak Pemakanan 2

1 kajian dijalankan dan dipamerkan di bawah tajuk Cell Metabolism menggunakan 2 kumpulan tikus. Satu kumpulan diberi makan sebanyak yang ia mahu sepanjang hari dan satu lagi kumpulan diberi jumlah yang sama tetapi pada waktu malam sahaja. Tikus berbeza masa aktifnya berbanding manusia yang mana  bebanyakan aktif pada waktu siang. Kumpulan mana yang tambah berat?

Kursus Kecergasan 2017Kajian menunjukkan kumpulan yang makan sepanjang hari berakhir dengan irama circadian yang lemah dan menjadi gemuk walaupun mereka makan jumlah kalori yang sama dengan satu kumpulan lagi yang hanya makan untuk satu jangka masa dan berpuasa untuk satu jangka masa. Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesan buruk lain seperti intoleransi glukosa, masalah koordinasi motor dan sebagainya.

Badan kita direka untuk berpuasa semalaman. Otak kita perlu berehat di waktu malam. Perut dan sistem penghadaman badan perlu berehat dari memproses makanan. Jika ia berterusan bekerja, organ-organ kita akan berada dalam keadaan keletihan metabolik.

Cuba bandingkan dengan kehidupan dan budaya kita sekarang. seseorang yang balik berehat di rumah dengan seorang yang melepak di kedai mamak tonton bola sehingga lewat malam. Kecenderungan untuk menambah kalori itu sentiasa ada ketika lepak di kedai mamak. Lebih baik kalori tambahan itu dimasukkan di waktu siang dan beri badan rehat di malam hari, atau bergantung pada syif kerja anda.

Kajian
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22608008

Entri lain berkenaan Corak Pemakanan
Corak Pemakanan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube