Bersih Kolon, Detox? May27

Kongsi

Bersih Kolon, Detox?

Membersihkan kolon? Detox atau apa sahaja istilah. Apa itu membersihkan kolon? Sekali lagi ada pihak yang menyebarkan ajaran membersihkan kolon ini untuk menguruskan badan. Dengan pelbagai produk terutama fiber multilevel MLM cuba dipopularkan. Seperti biasa untuk keuntungan multilevel, pelbagai cerita tambahan dimasukkan. Cerita yang cukup extravaganza. Barang siapa yang gemuk mendengarnya, terus beli 10 kotak. Cukup-cukuplah menipu orang itu. Apa sebenarnya mencuci kolon? dan apa kebaikannya?

Kursus Kecergasan 2017

Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal Membersih Kolon

1. Keracunan dan Parasit
Mungkin anda pernah dengar beberapa dakwaan mengatakan bahawa kotoran yang masuk dalam badan anda akan menjadi racun.Tidak hanya itu, tapi semua akumulasi kotoran entah bagaimana menarik parasit berkembang dan boleh menyebabkan gejala seperti gas, diare, alergi, kembung dan bahkan kegatalan. Salah satu cara adalah dengan membersihkan usus.

2. Risiko Remedi Herbal
Hanya kerana rawatan herba mendakwa dan menjanjikan untuk membersihkan usus anda, ianya jarang mendapat kelulusan FDA. Ada sedikit sahaja yang mendapat kelulusan kerana ianya tidak terbukti selamat. Jika digunakan berkemungkinan menyebabkan kesan bahaya seperti ketidakseimbangan mineral, muntah-muntah, kram, dehidrasi, penipisan usus dan lain-lain.

3. Kebenaran
David L. Diehl, MD, profesor klinikal perubatan di New York University dan ketua endoskopi gastroinestinal di Bellevue Hospital Center dalam kajiannya menyebut bahawa membersihkan usus adalah tidak perlu kerana badan kita secara semulajadi menghilangkan kotoran, dan kotoran tidak duduk dalam usus selama bertahun-tahun seperti yang didakwa syarikat-syarikat penjual produk. Pembersihan usus mencegah badan dari menyerap nutrisi dan mineral dari makanan dalam usus. Pembersihan usus yang berulang kali juga boleh menyebabkan penipisan usus dan luka dalaman.

4. Kesan Sampingan Laxative
Ketika sembelit, ubat pembersih usus mampu memberi kelegaan sementara yang berkesan. Namun jika terlalu kerap menggunakannya, boleh menyebabkan sembelit menjadi lagi teruk dan kram di perut. Berhenti mengambilnya boleh menyebabkan gejala penurunan, seperti keletihan dan perubahan mood.

5. Cara Sihat Untuk Bersih
Pastikan anda mempunyai cukup serat dalam diet harian anda yang mana merupakan cara paling selamat dan berkesan untuk membersihkan usus anda. Perempuan dewasa perlukan 21 hingga 25 gram serat sehari secara purata manakala lelaki dewasa 30 hingga 38 gram. Serat terdapat dalam gandum, biji-bijian, buah-buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang-kacangan. Meningkatkan pengambilan serat secara berperingkat untuk badan menyesuaikan diri dengan makanan serat tinggi. Jika tidak anda akan berakhir menghasilkan gas lebih dari yang sepatutnya.

Bagaimana Memastikan Kolon Bersih?

1. Minum Air
Air memberi banyak manfaat kepada badan kita. Ia membantu mencegah dehidrasi, melancarkan sendi, mencuci racun atau toksik dan membantu pencernaan yang bermanfaat bagi usus besar. Menurut kajian, perempuan harus mengambil sekurang-kurang 2.7 liter air dan lelaki 3.7 liter sehari mengikut purata orang biasa.

2. Elakkan Lemak Tinggi
Diet tinggi lemak tepu boleh meningkatkan risiko kanser usus besar. Elakkan makanan seperti makanan segera, kurangkan daging merah, semua produk susu lemak dan apa saja dimasak atau disiapkan dalam minyak sawit dan kelapa. Baca dengan teliti label produk sebelum menggunakannya.

3. Tingkatkan Pengambilan Serat
Serat adalah zat bermanfaat yang tidak dapat dihuraikan oleh badan. Ini membantu toksin dan kotoran keluar daripada usus besar. Ia juga dapat mengurangkan kemungkinan sembelit kerana mempercepatkan masa transit produk buangan. Serat boleh didapati daripada makanan semulajadi. Tidak perlu bazir duit jika masih boleh makan seperti biasa.

4. Kurangkan Tabit Tidak Baik
Jumlah produk alkohol dan tembakau boleh menyebabkan masalah pada hati dan paru-paru. Ia juga meningkatkan risiko terkena kanser usus besar.

5. Bersenam
Bersenam banyak manfaat pada badan. Bersenam dapat membantu anda menjaga bera badan, meningkatkan peredaran dan boleh meningkatkan fungsi usus.

6. Ambil Beberapa Tumbuhan
Beberapa tumbuhan dapat diamalkan untuk membersihkan usus besar, membunuh parasit dan meningkatkan fungsinya. Antaranya seperti psyilium husks, alow vera, biji jintan, uva ursi, walnut hitam dan akar kunyit.

7. Berpuasa
Berpuasa juga membantu membersihkan kolon. Dengan mengambil minuman seperti air lemon, herbal, air buah, air sayuran. Lakukan untuk tiga hingga sepuluh hari. Ketika toksin mula dibebaskan, anda akan merasa sakit kepala, rasa lemah tidak bermaya dan kesan-kesan sampingan yang lain. Kesan ini hanya sementara, apa yang kita panggil ‘healing crisis‘.

8. Cara Semulajadi
Terdapat beberapa lagi cara semulajadi yang boleh dibuat. Kalau nak cerita pasal satu-satu cara, rasanya saya perlukan beberapa entri tambahan.

Lambakan produk MLM

Kesan

Kemungkinan penyerapan yang lebih baik. Seseorang itu mungkin kehilangan sedikit berat badan kerana hilangnya kotoran di usus. Bukannya hilang lemak. Sistem kekebalan badan mungkin berfungsi dengan lebih baik atau lebih teruk jika berlebihan. Mengurangkan risiko penyakit usus seperti inflamasi dan diverticulutis.

Apa Kata Zaki Khan?

Bila masuk bab produk-produk yang mendakwa berjuta-juta kebaikan terutama produk multilevel (MLM) ini, saya teringin sekali nak mencarut. Tetapi saya cuba lagi menjaga bahasa saya. Saya harap bahasa saya masih ‘indah’. Dey! Ini lah MLM, dengan pelbagai syarikat dan produk seperti phyto fiber, herbalife, melilia dan pelbagai lagi syarikat yang mempromosikan produk-produk mencuci usus, fiber dan apa-apa istilah lagi yang digunakan supaya ada pembeli, ada downline, ada untung untuk upline, ada keuntungan. Macam-macam perkara yang tak masuk akal di iklankan, dipromosikan. Turunkan berat badan, bakar lemak, tidak perlu bersenam, kalau usus kotor tidak boleh kurus dan macam-macam lagi dengan ayat-ayat super bombastik. Ditambah dengan berjuta testimonial. Berjuta ayat-ayat doktor merapu, tambahan lagi doktor daripada syarikat sendiri, ditambah lagi dengan kajian syarikat sendiri. Ada ke kajian daripada pihak ketiga? Saya minta tolong sangat-sangat, jangan lah mudah terpengaruh dengan iklan-iklan begini. Jadilah seorang yang berilmu. Jika tiada, usahalah cari ilmu.

Inilah MLM

Saya tidak kata ‘jangan’ cuci usus. Jika nak buat atau nak cuba, boleh sahaja, tetapi bukan dengan niat untuk kuruskan badan. Dan ada kesan baik dan buruknya. Saya selalu tengok orang promosi seolah-olah suruh cuci usus hari-hari. Amalkan pemakanan yang baik dengan tinggi serat. Jika nak kuruskan badan, hanya 3 asas penting. Bersenam dengan cara yang betul, pemakanan yang kualiti dan rehat yang mencukupi. Rasanya dah berulang kali saya ingatkan benda sama.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube