Gemuk Air Aug05

Kongsi

Gemuk Air

Sodium ada dalam hampir setiap makanan yang diambil setiap hari. Garam dalam paket yang ditambah dalam masakan harian adalah dalam bentuk sodium klorida. Pengambilan sodium yang berlebihan dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang, ia adalah nutrien bukan kalori dan tidak boleh menambah lemak di badan. Sodium adalah mineral yang penting untuk mengekalkan beberapa fungsi badan, termasuk penyerapan nutrien, peraturan tekanan darah, penyelarasan isi padu darah, fungsi jantung dan pengecutan otot.

NASC 2015

Sodium tidak mengandungi karbohidrat, lemak atau protein jadi ianya tidak menyumbang apa-apa kalori tambahan yang menyebabkan badan menambah lemak. Satu-satunya cara menambah lemak adalah mengambil kalori berlebihan dalam diet harian. Walaubagaimana pun, pengambilan sodium meningkatkan retansi air. Badan akan menyimpan air lebih banyak. Orang Malaysia kata gemuk air. :D. Gemuk air boleh dikurangkan dengan mengurangkan pengambilan sodium.

Apabila bercerita pasal gemuk, macam-macam istilah ada di Malaysia. Gemuk air, gemuk angin, dan sebagainya. Masing-masing tak nak mengaku gemuk lemak. :D. Jika sudah mengurangkan pengambilan sodium, masih berlemak, itu namanya lemak. Tak perlulah duduk dalam sauna 3-4 jam dalam sauna untuk buang air. Bersenamlah untuk membakar lemak-lemak terkumpul itu.

Retansi air yang tinggi menyebabkan beberapa kesan negatif ke atas kesihatan. Peningkatan air meningkatkan isi padu darah dan seterusnya membawa kepada tekanan darah yang lebih tinggi dan jantung bekerja lebih keras. Lama-kelamaan, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada kegagalan jantung kongestif, penyakit buah pinggang, sirosis, sakit jantung dan angin ahmar.

Walaupun begitu, sodium masih diperlukan badan untuk membentuk eloktrolit dalam badan. Jangan mengurangkan garam secara drastik dalam diet. Jika tidak perlu, jangan kurangkan lagi sehingga ke peringkat akhir diet.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini