Hiperplasia Sep24

Kongsi

Hiperplasia

Hiperplasia boleh ditafsirkan sebagai;

Pertumbuhan organ disebabkan peningkatan bilangan sel

NASC 2015

Berbeza dengan hipertrofi iaitu peningkatan saiz sel-sel sedia ada atau serat berbanding dengan peningkatan bilangan sel. Sebagai contoh hiperplasia, tisu payudara yang mengalamai hiperplasia pada seorang ibu yang menyusukan anak. Pada peringkat awal sebelum mengandung, payu daranya mungkin agak kecil tetapi bila mengandung dan menyusukan anak, ianya membesar. Begitu juga tonsil tumbuh kerana jangkitan pada tekak melalui proses hiperplasia.

Otot rangka manusia mengalami hipertrofi berikutan program latihan bebanan dengan beban yang sesuai dan sistem latihan yang betul. Adakah ianya hipertrofi serat (muscle fibre) atau hiperplasia serat? Dalam bahasa mudah, adakah otot membesar disebabkan oleh peningkatan saiz serat yang sedia ada ada peningkatan bilangan serat?

Terdapat pelbagai kajian tentang ini, dan kebanyakan kajian mengarah ke hipertrofi tetapi terdapat juga kajian bercanggah. Kajian bercanggah juga menunjukkan otot mengalami hiperplasia apabila melalui latihan bebanan yang melampau. Buat masa ini kajian banyak tertumpu pada binatang dan kurang kajian pada manusia. Antara kajian, seperti meletakkan beban ke atas burung, dalam satu jangka masa burung tersebut mengalami hiperplasia.

Walau bagaimana pun, terdapat teori dan sedikit kajian ke atas ahli bina badan yang mana ototnya melampau saiz purata seorang manusia mengalami hiperplasia berikutan latihan bebanan yang berulang-ulang ke atas otot yang terlibat. Secara teorinya, dicadangkan, hiperplasia mungkin berlaku melalui dua cara. Pertama apabila gentian yang sedia ada pecah melebihi kapasiti asal. Kedua pengaktifan sel sekitar serat otot yang mematangkan otot tersebut sehingga tidak boleh mengalami perubahan lagi.

Kajian hiperplasia terhadap manusia tidak dapat hasil yang boleh disimpulkan lagi. Ruang kajian masih terbuka.

Soalan: Kenapa burung boleh terbang sedangkan ayam tidak? Kedua-duanya memiliki kepak.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini