Kurma Jul23

Kongsi

Kurma

Masuk bulan Ramadhan, tak sah rasanya jika tidak bercerita pasal kurma. Kurma menjadi makanan rutin ketika bulan puasa. Apa sebenarnya kebaikannya?

NASC 2015

Buah kurma asalnya daripada pokok yang ditanaman di Afrika Utara dan Timur Tengah dan bahagian-bahagian lain di dunia. Kebanyakan masakan timur tengah menggunakan kurma. Malah masakan mediterranean seperti Itali dan Greece juga menggunakan kurma.

Rasullah SAW bersabda: Berbukalah dengan kurma kerana ia bersih suci (Riwayat Ahmad)

Apa yang ada dalam kurma (100g), 4 biji?

Kalori – 264 kalori
Karbohidrat – 75g
Serat – 8g
Gula – 63g
Protein 2g
Lemak – 0.39 mg
Lemak Tepu – 0.032 mg
Lemak Mono – 0.036 mg
Lemak Poli – 0.019 mg
Sodium – 2g
Vitamin A – 10 IU
Vitamin C – 0.4 mg
Vitamin E – 0.05 mg
Vitamin K – 2.7 mcg
Thiamin – 0.052 mg
Riboflavin – 0.066 mg
Niacin – 1.274 mg
Vitamin B6 – 0.165 mg
Vitamin B12 – 0 mcg
Folate – 19 mcg
Pantothenic Acid – 0.589 mcg
Calcium – 39 mg
Iron – 1.02 mg
Magnesium – 43 mg
Phosphorus – 62 mg
Potassium – 656 mg
Sodium – 2 mg
Zinc – 0.29 mg
Copper – 0.206 mg
Manganese – 0.262 mg
Selenium – 3 mcg

Apa kelebihan kurma?

– Kurma mudah dicerna, jadi ia boleh digunakan untuk membekalkan tenaga segera.
– Kurma jika direbus dengan susu, boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang kaya dengan pelbagai nutrisi.
Kandungan nicotinic menjadikan elok untuk mengubati gangguan usus.
– Pengambilan kurma secara kerap didapati membantu pembiakan bakteria baik di dalam usus.
– Kurma juga berkesan untuk mereka dengan masalah sembelit.
– Kurma berkesan untuk menghilangkan kesan mabuk arak.
– Kajian juga menunjukkan kurma yang direndam semalaman dan dihancurkan baik untuk mereka yang ada masalah di hati.
– Kurma juga dilihatkan sebagai tonik yang meningkatkan stamina seksual dan juga membantu mereka yang mandul.
– Kurma juga didapati berkesan mencegah kanser perut.
– Kurma juga membantu menurunkan kolestrol dan tekanan darah.
– Pengambilan kurma juga mencegah masalah neurologikal.
– Kurma juga dikatakan meningkatkan imunisasi badan.
– Kurma memiliki protein yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buah yang lain. Ia ada 23 jenis asid amino.
– Kurma kaya dengan asid glutamic. Asid glutamic penting untuk neurotransmitter yang mana mencetus kepelbagaian tindakbalas metabolik menjadikannya sangat sesuai untuk kebanyakan atlet.

Antara kajian yang menunjukkan kurma sebagai buah terbaik di dunia
http://missclasses.com/mp3s/Prize%20CD%202010/Dates/10182308.pdf

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini