Kursus Sport Massage

“Aaarrrgghhh”
“Aaarrrgghhh”

Eh, jangan fikir bukan-bukan. Itu adalah bunyi mereka yang sedang diurut dengan urutan sukan. Sedap~. Urutan sukan atau Sport Massage adalah urutan istimewa yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara untuk seorang atlet. Ia dilakukan untuk menyediakan atlet mencapai tahap kemuncaknya, mengurangkan tahap keletihannya, mengurangkan ketegangan otot, mempromosikan kelenturan dan mencegah kecederaan. Ia bukan sahaja untuk atlet, malah boleh digunakan di rumah bersama pasangan anda.

Kursus Kecergasan 2024Siapa yang patut sertai?

• Trainer/Jurultih yang ingin menambah kepakarannya
• Mereka yang ingin tambah pendapatannya atau menjadikannya kerjaya
• Mereka yang ingin gunakan untuk kegunaan sendiri
• Mereka yang ingin ilmu tambahan
• …

Kursus kali ini terhad untuk 20 tempat berikutan peralatan yang terhad. Jom sertainya sekarang!!!

Harga biasa RM 799. Akan tetapi jika anda follower Blog Zaki Khan, anda boleh belajarnya dengan RM 649. Akan tetapi, jika anda awal, sebelum 7 Ogos, anda boleh jimat dan hanya perlu keluarkan RM 597. Menarik kan?

Kursus-Sport-Massage

*Kos tidak termasuk penginapan. Butiran lanjut mengenai kursus akan diberitahu kemudian. *

Sebelum anda mengisi borang. Anda dikehendaki membuat bayaran terdahulu di :

MAYBANK

512 996 000 809

ZK Dinamik (M) Sdn Bhd

dan muat-naikkan bukti pembayaran di borang yang disediakan:

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Kursus Sport Massage

  1. masih ada tmpt lg tak?

  2. masih ada kekosongan utk early bird ke tuan

  3. Adib Norudin says:

    Assalamulaikum, bro Zaki, ape beza kursus2 yg dijalanakan tersebut?….mcm lebih kurang je…..dan nak tny utk tahun ni ade x lg kursus2 mcm tuh?…..

  4. Assallammualikum wbt & salam sejahtera,

    Nak tanya, if buat kt Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dpt x? Berpa kos semua utk anjur Sports Massage Level 1? Tuan dpt keluarkan sijil utk peserta x ? Kursus tersebut di iktiraf oleh ISN x?

    TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: