Makanan Mencantikkan Kulit May08

Kongsi

Makanan Mencantikkan Kulit

Soalan: Adakah terdapat makanan tertentu untuk memperbaik kulit? Disebabkan kulit berlebihan, dulu pernah gemuk dan kini kurus. Kulit kusam, berkedut dan sebagainya.

Jawapan: Terdapat makanan yang membantu mencantikkan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, kekeringan, penipisan kulit, dan kulit berlebihan.

NASC 2015

1. Flax dan Minyak Flaxseed

Flax kaya dengan asid alfa-linolenik (ALA), yang berasaskan lemak omega-3 tumbuhan yang merupakan komponen utama lapisan pelincir yang membuatkan kulit lembap dan lembut. Pengambilan ALA yang rendah boleh mengakibatkan penyakit dermatitis (merah, kulit gatal). Minyak zaitun juga terbukti baik untuk kulit anda.

2. Buah Cili Merah dan Lobak

Kedua-duanya adalah sumber vitamin C, yang merupakan benda penting dalam pengeluaran kolagen yang mana memberi kesan kulit kental dan melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membawa kepada kedutan pra-matang. Pendek kata, tingkatkan pengambilan vitamin C tidak kira daripada sumber mana. Lobak juga membantu mempertahan kulit daripada rosak disebabkan matahari.

Buah Cili Merah

3. Daging Lembu atau Ayam Tanpa Lemak

Kajian menunjukkan bahawa mereka dengan kedutan lebih cendurang dengan pengambilan protein yang rendah. Tingkatkan pengambilan protein. Menurut satu kajian, protein yang cukup dalam diet dapat mengurangkan kemungkinan kedutan sebanyak 10 peratus, penipisan kulit sebanyak 25 peratus atau kekeringan sebanyak 20 peratus.

4. Lemak

Lemak yang dimaksudkan disini adalah lemak yang baik. Essential fatty acid (EFA) membantu penjanaan dan pemulihan. Lemak meningkatkan elastisiti kulit. Lemak mono tak tepu juga menyediakan penampan yang baik di antara apa-apa toksin. Contoh makanan adalah seperti kacang almond, avocado, kacang brazil, ikan salmon dan lain-lain. Kacang almond juga tinggi vitamin E. Kacang brazil tinggi selenium yang membantu meningkatkan penghasilan glutathione.

5. Makanan yang Kaya Antioksidan

Terdapat pelbagai kebaikan antioksida. Makanan yang kaya dengan antioksida mempertahan kulit dan mengetatkan kulit. Kulit yang kental adalah kulit yang dipertahan oleh antioksida. Radikal bebas dan lemak trans boleh memburukkan lagi keadaan kulit longgar. Makanan yang kaya dengan antioksida seperti beri biru, beri hitam, delima, epal dan mana-mana buah dengan warna yang gelap. Semakin gelap, semakin tinggi tahap antioksidan di dalam makanan.

6. Elakkan Makanan Tinggi Lemak Trans

Elakkan makanan tinggi lemak trans seperti makanan segera, mee segera, makanan bergoreng dan sebagainya jika anda ingin kulit kembali kental.

7. Air

Minum air yang cukup. Kulit longgar bertambah baik jika sentiasa mengekalkan diri berair. Badan berair memboleh cecair mengalir antara sel dan menyebabkan kulit kekal anjal dan elastik.

8. Coklat

Lebih tepat, coklat hitam. Coklat hitam kaya dengan flavonol, sejenis antioksida yang biasanya ditemui di dalam buah dan sayuran tetapi lebih tinggi kepekatannya. Kajian menunjukkan mereka yang minum 326 miligram flavonol setiap hari memiliki kulit yang lebih baik dan dilindungi daripada rosak disebabkan sinaran ultraviolet.

9. Sayur Hijau

Sayur hijau seperti bayam tinggi asid hyaluronik yang mana membantu kulit kekal lembab dan mengurangkan kedutan. Sayur hijau juga tinggi vitamin A. Kajian menunjukkan folate dalam sayur hijau membantu dalam membaiki dan mempertahan DNA. Ia juga membantu penjanaan sel dan mengurangkan kerosakan sel.

10. Teh Hijau

Teh hijau memiliki sifat anti-radang, anti-bakteria dan antiviral. Ianya kaya dengan antioksida polyphenol. Vitamin C, D, K, riboflavin, kalsium, magnesium, zink dan zat besi juga terkandung dalam teh hijau. Mengamalkan pengambilan teh hijau bukan sahaja membantu dalam diet tetapi juga memperbaik kulit. Teh hijau digalakkan minum semasa panas. Teh hijau panas membebaskan catechin, antioksida yang melawan radang dan barah.

11. Kentang Manis

Kentang manis, lobak merah tinggi beta-carotene. Beta-carotene diperlukan untuk penghasilan kulit yang cantik. Ia bekerjasama dengan vitamin A dan C.

Kentang Manis / Ubi Keledek Jepun

12. Serat Tinggi

Makanan berserat tinggi seperti roti serat, sereal memiliki kandungan vitamin B yang tinggi yang mana memaksa kulit berfungsi secara normal. Makanan tinggi gula segera akan memberi kesan pada paras insulin yang akhirnya menyebabkan keradangan kulit.

Keadaan kulit berlebihan akan ambil masa untuk kembali kental. Mungkin agak lama, mencecah bulan atau tahun. Proses ini memakan masa. Bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan dinasihatkan mengikut diet yang betul ketika proses melakukannya jika tidak mahu masalah ini kena pada anda.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini