Makanan Pedas Mar04

Kongsi

Makanan Pedas

Adakah makan makanan pedas elok untuk anda? elok untuk diet anda? Ada sesetengah orang rasa tidak nikmat makanan jika tidak dicampur cili. Bahan dalam cili yang menyebabkan rasa nikmat terbakar itu dipanggil capsaicin.

NASC 2015

Tahukah anda?

1. Makanan pedas melindungi lapisan perut anda. Ramai yang percaya bahawa makanan pedas boleh menyebabkan ulser perut. Ya, jika anda ada gastrik atau tiba-tiba diet secara drastik di mana selama ini melantak tak ingat dunia, tiba-tiba tak makan, atau elak sesuatu menu dimana gastrik terjadi berikutan berubahan cara pemakanan. Makanan pedas mungkin berengsakan. Menurut kajian, capsaicin sebenarnya menghalang rembesan asid dan merangsang alkali dan rembesan mukus, serta alisan darah ke lapisan perut, yang boleh membantu dalam pencegaha dan penyembuhan ulser. Jika anda tiada masalah dengan perut anda, silakan makan makanan pedas.

2. Terdapat kajian menunjukkan makan makanan pedas boleh membantu sistem kardiovaskular. Antara kajian menunjukkan pengambilan cili selama 4 minggu mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL dimana pengoksidaan LDL menyumbang kepada atherosclerosis. Kajian lain juga menunjukkan makanan pedas boleh merehatkan salur darah dan mencegah hipertensi.

3. Banyak kajian dijalankan untuk mengkaji sifat anti-kanser capsaicin. Ada kajian mencadangkan capsaicin boleh menghalang pembiakan sel-sel kanser paru-paru. Ada kajian menunjukkan capsaicin boleh menyebabkan kematian sel dalam sel-sel kanser dan meninggalkan sel-sel sihat tidak terjejas. Walaupun kajian tidak berapa lengkap, tetapi menyatakan bahasa keseimbangan dalam pemakanan harian dengan pelbagai rasa termasuk pedas membantu dalam kesihatan. Dalam masa sama, perlu diingatkan, terlalu banyak benda baik pun boleh jadi tidak baik.

4. Kajian juga dijalankan dengan pesakit diabetis dan mendapati bahawa tahap gula lebih rendah pada kumpulan yang makan cili. Terdapat kajian pada tahun 2006 menunjukkan bahawa insulin kurang diperlukan jika makan makanan pedas. Ini menunjukkan menikmati cili boleh mengurangkan risiko hyperinsulinemia.

5. Terdapat juga kajian menunjukkan makanan pedas meningkatkan metabolisme. Kajian yang dijalankan di University of South Carolina di Columbia menunjukkan, mereka yang menikmati rempah india yang pedas untuk beberapa hari sebelum sesi latihan mempercepat pemulihan dan pembaikan otot.

6. Capsaicin juga mencetuskan reseptor sakit di dalam mulut yang mana seterusnya menyebabkan otak membebaskan endorfin yang menyebabkan rasa sensasi. Lonjakan kimia ini membantu meningkatkan mood seseorang.

7. Jika anda tidak tahan dengan pedas, anda boleh minum susu atau mengambil produk susu seperti yogurt untuk membantu mengurangkan rasa pedas itu.

8. Perlu diingatkan, walaupun pedas baik tetapi cili juga mempunyai kalori. Jadi ianya perlu dimasukkan dalam kiraan jika anda sedang menyasarkan sesuatu diet.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini