Payudara Besar Jul09

Kongsi

Payudara Besar

Bagaimana membesarkan payudara? Antara soalan yang saya biasa dapat daripada seorang perempuan di dalam gim? Ada yang takut bersenam kerana kuatir saiz payudaranya akan mengecil. Memiliki payudara yang besar adalah impian ‘kebanyakan’ wanita dan ‘kebanyakan’ lelaki juga mengimpikan ada wanita yang bertetek besar sebagai pasangannya.

NASC 2015

Ia seolah-olah tidak adil bahawa terdapat setengah wanita dilahirkan dengan payudara lebih besar dan yang lain tidak. Itu yang dipanggil kepelbagaian dalam hidup. Kalau semua sama saiz, tak menarik pula rasanya. Bagaimana meningkatkan saiz payudara?

Cara mudah adalah melalui pembedahan. Itu pilihan yang mahal dan merbahaya. Pembedahan biasa melibatkan implan silikon di bahagian payudara. Terdapat banyak risiko semasa dan selepas pembedahan. Terdapat juga beberapa kaedah semulajadi yang boleh digunapakai, termasuk;

1. Senaman otot dada. Senaman bertujuan untuk membesarkan otot pectoralis dengan ulangan 8 hingga 12 dan bukannya senaman untuk bakar lemak. Perlu diingatkan payudara itu adalah lemak. Senaman membakar lemak akan membakar lemak payudara sekali. Kekerapan senaman dada perlu dikurangkan. Senaman seperti fly, dip, cable cross pula membantu memberi kembali ketengangan pada payudara. Ibu dengan payudara yang jatuh boleh kelihatan seperti anak dara kembali.

2. Menggunakan krim atau lotion. Terdapat pelbagai jenis dan jenama di pasaran yang boleh merangsang tisu payudara. Pilih yang sesuai dengan anda. Terdapat bahan yang mungkin menjadi alergik kepada sesetengah wanita.

3. Diet dan nutrisi penting dalam menambah saiz payudara. Antara makanan yang merangsang payudara, dengan kandungan tinggi estrogen termasuk pumpkin, soya, flaxseed, halia, pepper, epal, plum, betik, kentang, tomato, yam dan kebanyakan produk tenusu yang lain.

4. Makanan tinggi lemak juga membantu berikutan payudara adalah lemak tetapi perlu diingatkan, lemak tidak semestinya naik di payudara. Kemungkinan naik di tempat lain pun tinggi.

5. Terdapat sistem yang digunapakai untuk mengepam payudara. Antara yang top seperti breast pump yang mengunakan konsep sedutan. Ia meningkatkan mengaliran darah ke payudara dan mengalakkan mereka membesar. Kesannya mungkin tidak dramatik tetapi kebanyakan mereka yang menggunakannya nampak hasilnya. Kesannya berbeza mengikut individu.

6. Terdapat tablet dan pil yang boleh digunakan. Kandungan utamanya termasuk phytoestrogen.

7. Mengunakan produk herba. Kandungan utamanya termasuk biji fennel dan rumpai laut. Ubat herba bertujuaan untuk merangsang payudara dengan hormon estrogen.

Terdapat lagi beberapa kaedah semulajadi lain seperti mengamalkan senaman-senaman tertentu. Kaedah di atas rasanya dah agak cukup untuk membantu tetapi jangan mengharapkan daripada A minus nak jadi D full. Itu melampau namanya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini