Pengenalan Steroid 2 Sep20

Kongsi

Pengenalan Steroid 2

Bersambung dari entri Pengenalan Steroid 1

Clenbuterol (oral)

Clenbuterol tidak tersenarai sebagai steroid anabolik. Ia sebenarnya ubat untuk lelah atau untuk gangguan pernafasan. Ia digunaakan sebagai decongestant dan bronkolidator atau dalam bahasa mudah menyebabkan badan boleh menyerap lebih banyak oksigen. Seperti yang diketahui, lebih oksigen lebih pembakaran aerobik. Aerobik membawa kepada pembakaran lemak. Pendek kata clenbuterol adalah adik beradik ephederine. Ephederine pernah terkenal dalam pembakar lemak di pasaran sebelum ini dan sudah diharamkan. Clenbuterol digunakan dalam sesuatu kitar steroid ketika melakukan pemotongan. Clenbuterol biasanya digabungkan dengan T3 (cytomel) untuk meningkatkan kadar metabolisme sekurang-kurang 10%. Clenbuterol adalah steroid beta 2 sympathomimetic yang mana membawa kesan kepada sistem saraf simpatetik. Kesan awalnya adalah peningkatan suhu badan dan seterusnya akan menyebabkan peluh berlebihan sehingga menggigil. Penggunanya akan merasa resah. Memberi kesan jangka masa panjang kepada jantung dengan peningkatan denyutan, kemungkinan pembesaran jantung, necrosis dan sebagainya.

NASC 2015

T3-Cytomel (oral)

Triiodothronine (T3) tidak dihasilkan secara terus daripada kelenjar tiroid tetapi dihasilkan secara sintetik daripada thyroxine (T4). T3 meningkatkan pengoksidaan di mitochondria (kilang pembakaran di sel untuk menjana tenaga). Dengan menggunakan cytomel, pengguna akan dapat peningkatan ATP dan sekali gus meningkatkan kadar metabolisme. Pengambilan cytomel berlebihan boleh merosotkan saiz otot jika pemakanan tidak seiring dengan pemakaian. Cytomel juga meningkatkan pengeluaran hormon tumbesaran. Pada asalnya cytomel digunakan dalam terapi penggantian tiroid. Apabila diguna berlebihan bukan sahaja menyebabkan otot merosot tetapi juga boleh menyebabkan cirit birit dan dalam kes serius boleh menyebabkan pendarahan.

Anavar (oral)

Anavar merupakan antara steroid paling ringan yang diguna pakai dalam bina badan. Anavar digunakan oleh mereka yang sangat sensitif dengan kesan estrogen pada badan. Anavar (oxandrolone) juga biasa digunakan oleh perempuan kerana kesannya androgeniknya yang kurang. Walau bagaimana pun jika menggunakan dos yang tinggi, kesan androgeniknya masih sama termasuk perubahan suara, pemanjangan clitoral, penambahan ciri-ciri muskulin dan sebagainya. Walaupun kesannya agak ringan, tetapi masih boleh memberi tekanan pada hati, meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol.

Testosteron (injection)

Terdapat pelbagai jenis testosteron yang dipecahkan kepada beberapa jenis dalam pasaran. Antaranya testosterone cypionate yang mana merupakan testosterone yang paling anabolik dengan kesan androgenik tertinggi. Selain itu, terdapat juga testosterone enanthate, testosterone propionate yang mana termasuk dalam kategori ringan dengan hanya 2 minggu di dalam badan, testosteron suspension 3 hari di dalam badan dan sebagainya. Testosterone meningkatkan retansi nitrogen di dalam otot. Testosterone juga meningkatkan paras tumbesaran IGF-1 di otot dan hati. Kesan-kesan sampingan penggunaan testosteron luaran ini termasuk meningkatkan retansi air, kesan-kesan androgenik dan sebagainya.

Trenbolone (injection)

Trenbolone merupakan antara steroid terbaik dalam pasaran yang mana penggunanya boleh mengurangkan lemak dan menambah otot pada masa yang sama. Kebanyakan pengguna trenbolone melaporkan kehilangan 20 lbs lemak dan penambahan 25 lbs otot dalam masa 12 minggu penggunaan. Ia memang steroid yang baik tetapi dalam masa yang sama memberi kesan buruk yang sangat baik. Penggunaan trenbolone boleh memberi kerosakan serius pada hati dan jantung lebih-lebih lagi dalam kes melebihi dos. Trenbolone hadir dalam pelbagai bentuk seperti trenbolone acetate, trenbolone hexahydrobenzylcarbonate dan sebagainya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini