Pertukaran Tarikh Standard Chartered KL Marathon

Standard Chartered KL Marathon merupakan 1 acara larian marathon yang besar dianjurkan setiap tahun bermula 2009. 35,000 tempat penuh pendaftaran dalam masa 4 hari apabila dibuka pendaftarannya. Pertandingan besar sebegini biasanya dirancang dalam 1 jangka yang lama untuk memudahkan peserta merancang perjalanan mereka yang mana sebahagian merupakan peserta luar negara atau luar kawasan. Mereka boleh tempah tiket dan hotel lebih awal untuk dapatkan harga lebih murah. Pendaftaran dibuka pada bulan Mac 2015.

Logo Standard Chartered KL Marathon 2015Kursus Kecergasan 2024

Akan tetapi, pada saat-saat begini, tiba-tiba tarikhnya ditukar daripada 4 Oktober ke 10 Oktober 2015 demi menyamakan dengan tarikh Hari Sukan Kebangsaan, untuk pastikan pengunjung ramai ke sambutan Hari Sukan Kebangsaan. Saya kira, tindakan menukar tarikh atas permintaan oleh Kementerian Belia dan Sukan tidak sepatutnya berlaku. Adakah Menteri Belia dan Sukan kita tidak mampu lagi menarik pengunjung dengan acara lain? Khairy Jamaluddin hilang populariti?

Pertukaran Tarikh Standard Chartered KL Marathon

Rujukan
http://www.kl-marathon.com/
https://www.facebook.com/SCKLmarathon

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: