Produk Diarah Tarik Balik May03

Kongsi

Produk Diarah Tarik Balik

US Food and Drug Administration (FDA) mengeluarkan surat amaran kepada pengilang dan pengedar bagi makanan tambahan yang mengandungi dimethylamylamine atau lebih dikenali sebagai DMAA. Ia juga dirujuk sebagai 1,3-dimethylamylamine, methylhexanamine, atau ekstrak geranium.

Kursus Kecergasan 2017Bahan ini merupakan perangsang. Ia diarahkan ditarik balik berikutan kekurangan bukti keselamatan. FDA menyatakan bahawa DMAA boleh menyempitkan salur darah dan arteri yang mana boleh meningkatkan tekanan darah dan boleh membawa kepada masalah kardiovaskular seperti sesak nafas dan serangan jantung. Beberapa laporan menunjukkan gangguan jantung, gangguan sistem saraf, penyakit jiwa dan kematian. Syarikat terlibat dalam pembekalan diberi masa 15 hari untuk bertindak balas, dari tarikh 27 April 2012.

Produk-produk terlibat diharamkan di Malaysia, dan dibawa secara tidak sah. Antara produk yang berada dalam pasaran gelap di Malaysia termasuk;

Nutrex Hemo Rage Black
Nutrex Lipo-6 Black Ultra Concentrate
Nutrex Lipo-6 Black
Nutrex Lipo-6 Black Hers Ultra Concentrate
Nutrex Lipo-6 Black Hers
USP Labs Oxy Elite Pro
USP Labs Jack3D

Sumber

http://www.fda.gov/NewsEvents/Newsroom/PressAnnouncements/ucm302133.htm

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube