Sakit Ketika Datang Haid (PMS)? Oct14

Kongsi

Sakit Ketika Datang Haid (PMS)?

Ramai perempuan yang berdepan dengan masalah kesakitan ketika premenstrual sysdrome (PMS) dengan kesakitan yang sangat serius sehingga ada yang terpaksa mengambil perlepasan cuti sakit setiap kali datang period. Sindromnya mungkin termasuk kemurungan, kekembungan, tekanan, keletihan, kaki bengkak dan sebagainya. Bagaimana mengurangkan kesan tersebut?

Kursus Kecergasan 2017Tahukah anda senaman boleh meningkatkan paras serotonin dalam badan. Serotonin adalah bahan semulajadi penahan sakit (pain killer) dalam badan yang mana dalam masa yang sama boleh menjadikan anda gembira. Senaman yang kerap juga meningkatkan pengaliran darah termasuk pengagihan oksigen dalam badan. Peningkatan beta-endorphin disebabkan senaman mampu mengurangkan sensitiviti terhadap kesakitan serta mengurangkan kekejangan yang berlaku dan masalah-masalah lain ketika haid.

Senaman jenis apa? Kepelbagaian senaman termasuk berlari, berjalan, senamrobik, latihan bebanan, yoga dan sebagainya. Lakukan sekurang-kurang tiga kali seminggu secara konsistan.

Apakah cara-cara lain mengurangkan kesakitan ketika PMS?

1. Pemakanan Sihat

Serat yang tinggi dalam makanan mampu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan. Masukkan banyak buah dan sayuran dalam diet harian. Elakkan kafein seperti yang terdapat dalam kopi, coke dan sebagainya. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula.

2. Makanan Tambahan

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E, thiamine dan omega-3 mengurangkan kekejangan ketika haid. Zink dan kasium juga mengurangkan kejang dan kekembungan. Kalsium dan magnesium mengurangkan keletihan. Semuanya perlu diambil 2 hingga 3 bulan untuk menampakkan kesan.

3. Seks

Aktiviti seksual yang kerap mampu mengurangkan kesan PMS. Orgasm merembeskan oxytocin yang mana membantu mengurangkan kesakitan.

4. Regangan

Terdapat beberapa regangan yang mampu mengurangkan kesakitan dan kekejangan. Cuba buat beberapa langkah yoga yang sesuai untuk mengurangkan gejala tersebut. Ianya juga sesuai dilakukan ketika PMS.

5. Baju Longgar

Elakkan pemakaian pakaian ketat. Pakaian ketat memberi tekanan pada perut.

6. Senaman Ketika Haid

Lakukan senaman ringan ketika PMS seperti berjalan dan sebagainya. Perjalanan darah yang lancar mengelakkan daripada kekejangan.

7. Baring

Baring dengan kedudukan yang berbeza seperti disamping atau menghadap ke bawah. Boleh juga baring seperti biasa tetapi letakkan bantal di bawah kaki.

8. Elakkan Xenoestrogen dan Phytoestrogen

Elakkan sebarang penggunaan atau makanan yang mengandungi xenoestrogen dan phytoestrogen. Xenoestrogen terdapat dalam kebanyakan lotion, shampoo, pencuci baju dan sebagainya. Phytoestrogen terdapat dalam kebanyakan produk herba. Elakkan juga minum soya. Xenoestrogen dan phytoestrogen mengurangkan magnesium dan vitamin B dalam badan. Kekurang magnesium menyebabkan kekejangan. Kekurangan vitamin B menyebabkan neuropathy.

9. Penahan Sakit

Jika kes berlarutan baru fikirkan non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs) seperti ibuprofen atau naproxen. Jika tidak boleh menerima ibuprofen atau naproxen baru dapatkan aspirin atau acetaminophen. Dapatkan nasihat doktor.

10. Pil Perancang

Tahukah anda pil perancang mengurangkan kesan PMS?

11. Air atau Pad Panas

Letakkan botol atau pad berisi air panas ke atas perut. Menurut kajian, kesannya sama seperti mengambil ubat penahan sakit. Jika tidak pun, mandi air panas.

12. Perubatan Alternatif

Dapatkan perubatan alternatif jika tidak mahu menggunakan perubatan kontemporari. Saya lagi cadangkan perubatan alternatif seperti akupuntur dan sebagainya.

13. Alkohol

Bagi bukan islam, boleh gunakan wine untuk melegakan kesakitan. Alkohol menipiskan darah. Pilihan ini tidak digalakkan. Alkohol membawa kesan-kesan lain yang tidak diingini.

14. Aktiviti Lain

Lakukan aktiviti lain yang boleh mengelakkan diri daripada ingat terhadap kesakitan.

15. Aromaterapi

Aromaterapi memberi anda rasa yang sangat menyenangkan. Campurkan minyak aromaterapi dalam mandian anda atau sapukan minyak aromaterapi.

16. Haiwan

Letakkan haiwan kecil seperti kucing di atas perut. Pastikan dia diam di situ. Getaran daripada kucing tersebut membantu merehatkan otot anda manakala haba daripadanya mengurangkan kekejangan.

17. Urut

Urut di bahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja di situ.

Nota: Jika masalah serius dengan pendarahan teruk, dapatkan bantuan doktor.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube