Saya baru sempat memasukkan data senaman untuk dada. Kebanyakan istilah sukar untuk ditukar ke bahasa melayu. Jika ditukar jadi pelik. Harap-harap semua faham. Laman asal data senaman di Data Dada. Senaman ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Cuma menggunakan model lelaki disebabkan sukar mencari model perempuan yang baik. Buat masa ini hanya memasukkan senaman asas. Akan ditambah dari semasa ke semasa. Nantikan.

Flat Bench Press
Incline Bench Press
Dumbbell Chest Press
Incline Dumbbell Press
Dumbbell Fly
Incline Dumbbell Fly
Dip
Bench Dip
Cable Cross Over
Pull Over

























terbaik la bro
haha. benda paling pening nak siapkan. byk lg ni
Salam bang..Nak tanya,masa nk m’lakukan bench dip tu…masa nk letak dumbell kt atas peha,kaki kena lurus or bengkokan sedikit?tq
utk safety kebanyakan jenis senaman kena bengkokkan. jgn lock. kecuali beberapa jenis senaman. lutut kena jaga. mmg ada sesetengah buku atau org akan tunjuk cara kaki lurus. tp not good for knee for the long term
betul la saya wat sebelum ni,kaki bengkokkan sikit,tp org kat situ suh luruskan lak,saya ada t’pikir gak,kalau lurus sgt bahaya lak klu dumbell berat…klu bengkok nampak safety gak…
mmg akan ada org begitu di gym. yg akan ajar sesuatu yg lain. yg dirasakan betul. kalau boleh pentingkan safety dulu dlm weight training
ye la,safety penting,klu t’jadi apa2,kita gak yg m’rasa sakit nye…tq bang…
salam bro, seminggu 2 kali buat dada ok ker? kan nyer apa saya ni suka sgt bahagian dada dan back ni (belakang)
saya tidak menggalakkan dada seminggu 2 kali. elok lg menyasarkan bahagian yg lemah. biasanya utk lelaki, mungkin kaki. jgn hanya suka buat apa yg kita suka. :p
jadi klu brapa kali smingu untuk CHEST..?
sbenarnya seminggu skali dah memandai jika training cara betul. hari2 main chest pun blum tentu jd. silap2 jd lg teruk pasal overtrain. :p
hahahahaha betui2 kaki mmg lemah mmg kaki lemah nak buat herherher
haha. paksa diri. jgn dianaktirikan kaki tu
bro nak tanya pasal makanan boleh tak?
apa pendapat bro ttg laksa, bihun sup, kuih pau ayam, tosei dan gulai tempoyak?
laksa, karbo still tinggi. bihun agak tidak digalakkan. lg2 kalau masak sup, atau yg berminyak. disebabkan saiznya yg kecil, dia boleh menyimpan lebih byk minyak sbenarnya. pau ayam boleh guna utk size. kena igt pau, naan, kebanyakan guna serbuk penaik. tosei tepung, better lg capati. gulai tompayak terang2 durian. cholesterol tingggi.
wahhhh tq tq bro kena kurang kan makan bihun ni
boleh. tp elakkan yg byk menggunakan minyak
thanks a lots..byk info yg mnarik dan jelas skali terbaikkk…
harap2 dpt membantu. nantikan part2 bdn yg lain plak
Salam bro,
nak tanya bench press pakai barbell dan dumbell ada beza ke dari segi penglibatan otot dan effectiveness. kalau pakai dumbell berapa berat yang sesuai agaknye?
TQ
kalau dumbbell range of motion sebenarnya lebih. beban mengikut keupayaan n sistem latihan
semasa buat dada mmg rasa letih dan sakit, lepas buat rehat dan makan sakit hilang macam tak ada apa2 kesan sakit pun… yg herannya keesokannya dada rasa sakit adakah saya buat tak betul bro???
itu kita panggil, delay onset muscle soreness, sakit tu dtg lambat.
salam.. nk tanye skit..
- sy nk besakan chest.. leh ke klo sy just buat push up je??
- ade x set tuk buat push up ni?? leh tlng suggestkan x..
tq..
utk peringkat awal mungkin dpt melihat sedikit kesan. then bdn akan adapt dgn intensiti latihan, =berat badan sendiri. sekira mengharapkan chest setebal bodybuilder, mmg susah.
set yg boleh dilakukan dgn push-up, high rep. kalau nak lakukan perubahan pun, tambah rep, jd lebih pada bakar lemak
bhagian upper chest susah nk bentuk.ade tips skit tuk kongsi?
bila start train, start ngan incline press dulu.
buat chest skrang ada rasa x?
ada rasa doms tu..sy skng sy lebihkan upper chest sbb setahun sy dah w/o tp yg sy prasan yg bhgian upper chest kurang naik..dan chest kelihatan agak klakar..xsekata..btul ke pumping salah satu cara untuk bg shape chest?ada cara lain?
saya tgh rancang entri special utk tip, nantikan.
pumping hanya menggunakan berat bdn sendiri, yg boleh tampang cuma repetition, jd utk heavy lifter mungkin x brapa berkesan. tp sebagai maintainance ok lg. andai kata kluar bercuti, tiada gym dan sebagainya. push up antara senaman boleh buat.
dato’ saye ada masalah. tiap kali buat exercise utk dada kurang rasa. dan chest saye tak tebal. blh dato’ suggestkn 1 programme utk tebalkn chest?
mmbr kat gym suggest buat 100 – 200 push-up setiap hari. blh ke?
besarkan bukaan tgn tu. x perlu buat high rep training kalau sasar utk besarkan. mmg terasa kalau buat 1000 kali push-up, tp kalau sasaran utk besarkan, lupakan
dato’ ada soalan kekeliruan.
1. blh x klu sy ganti peck deck mahine dgn cable crossover ? sama x ?
2. time bench press, turun sampai cecah puting ke or smpai tgah2 chest . mana satu ?
3. okay x sy punya w.o ni , bench press, incline bench press, dumbbell fly, pull over , peck deck machine. ada yg patut kurang or tambah ? sy cua nak gain muslce more.
1. lain sedikit. tp boleh je.
2. tgn dan back dlm kedudukan 90 darjah utk aim chest
3. cuba terbalikkan, incline press dulu
oh incline dulu bru bench eh ? yg len okay je lah ?
lain, ok