Sijil Jurulatih Kecergasan May26

Kongsi

Sijil Jurulatih Kecergasan

Zaki Khan akan bekerjasama dengan National Assosiation of Fitness Instructor dalam usaha melahirkan lebih ramai jurulatih dan intruktor kecergasan yang berkualiti. National Assosiation of Fitness Instructor atau N.A.F.I. adalah badan bukan kerajaan yang memberi pengiktirafan kepada jurulatih. Antara semua badan yang mengiktiraf jurulatih di Malaysia, saya pilih N.A.F.I. berikutan tarafnya yang tinggi dan berkualiti. N.A.F.I. berpusat di Damansara Perdana.

National Association of Fitness Instructor

Sertai program pengiktirafan N.A.F.I. untuk Sijil Jurulatih Peribadi (Certified Personal Trainer, CPT) sesi yang pertama bermula 28 Mei 2011 selama 6 minggu. Kos adalah sebanyak RM 3000.00 secara tunai atau pembayaran mudah menggunakan kad kredit (easy payment). Dengan kursus ini, anda mampu menjadi seorang profesional dalam bidang kecergasan.

Untuk menjadi seorang Jurulatih Peribadi yang Diiktiraf anda harus memahami beberapa perkara:

1. Apa akan jadi bila seseorang bersenam? Ini apa yang kita panggil Fisiologi Senaman.
2. Berapa banyak dan apa jenis latihan ketika anda melatih seseorang? Ini apa yang kita panggil Prinsip Latihan.
3. Anda harus tahu cara menjadi cergas dan berapa banyak lemak badan seseorang dan apa nasihat yang sewajarnya diberikan. Ini apa yang kita panggil Penilaian Protokol.
4. Anda juga harus tahu bagaimana hendak memberikan nasihat tentang apa yang harus dimakan, cara makan, berapa kali makan, berapa banyak makan. Ini apa yang kita panggil Nutrisi.
5. Anda harus dapat meyarankan cara menggunakan tenaga yang tepat dalam latihan dengan dos yang tepat. Ini apa yang kita panggil Sistem Tenaga.
6. Anda juga harus tahu bagaimana memberi nasihat tentang pencegahan kecederaan, pengurusan luka, rawatan kecemasan. Ini apa kita panggil Kecederaan Sukan.

Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan cara hubungi anda di email saya di jaytiraa@yahoo.com.

‘Kecergasan pada abad ini adalah bentuk pencegahan perubatan. Kerana proses evolusi berterusan dan perlumbaan demi perlumbaan, meningkatkan tekanan yang mana seterusnya menyebabkan masalah-masalah kesihatan yang lain. Proses mencapai kecergasan akan mengurangkan tekanan, penyakit dan strain psikologi’

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube