Sistem Tabata Nov08

Kongsi

Sistem Tabata

Apa itu Tabata? Tabata dicipta oleh Izumi Tabata yang mana menyasarkan membakar lemak cepat dengan latihan yang agak mudah.

Kursus Kecergasan 2017Tabata ini latihan High Intensity Interval Training cuma dah disedapkan lagi nama ke Tabata. Tabata menyasarkan latihan selama 4 minit setiap 2-3 hari (untuk proses pemulihan).

Secara amnya, Tabata menggunakan intensiti yang sangat tinggi selama 20 saat dan intensiti yang rendah atau rehat selama 10 saat. Boleh dilakukan dengan aktiviti kardio seperti berlari di treadmill, berbasikal, crosstrainer dan sebagainya. Ia juga boleh dilakukan menggunakan latihan bebanan seperti squat, push-up dan sebagainya. Jika cukup fit, boleh tambah bebanan seperti kettel ball, dumbbell dan sebagainya.

Menggunakan treadmill tidak berapa digalakkan kerana treadmill tersebut mengambil masa untuk perlahan tetapi boleh juga dilakukan dengan melompat ke tepi, sama sekali berehat untuk 10 saat dan terus melompat untuk sambung berlari.

Memanaskan badan (sekitar 3 minit)
Tabata X 8 (20 saat intensiti tinggi, 10 saat intensiti rendah atau berhenti)
Menyejukkan badan (sekitar 2 minit)

Tabata juga boleh dilakukan selepas rutin latihan yang biasa.

Tabata Crosstrainer
http://youtu.be/dKUp4DbRjTk

Tabata Squat
http://youtu.be/nDcNzEFr7yA

Tabata Burpee
http://youtu.be/gmuSgwCNSgE

Nota: Lepas ini nak tukar nama latihan ke ZKbata

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube