Sistem Latihan Jan03

Kongsi

Sistem Latihan

Ada pelbagai sistem latihan. Ada daripada mamat A, ada dari pertubuhan B, ada dari negara C dan lain-lain. Di bawah ini saya permudahkan sistem latihan untuk latihan bebanan.

Jadual ini adalah rujukan semata-mata. Ada banyak school of thought. Antara kelainan mungkin dari set latihan, masa rehat di antara set, atau mungkin istilah-istilah yang berlainan.

NASC 2015

Apa itu neuromuscular facilitation? Neuromuscular facilitation adalah pengenalan pada otot untuk sesuatu pergerakan. Biasanya untuk mereka yang baru mula latihan atau mungkin sudah lama tidak berlatih. Apa itu power? Latihan mengangkat lebihan bebanan/angkat berat. Apa itu hypertrophy? Latihan membina otot. Apa itu endurance? Latihan stamina dan juga bakar lemak.

Apa itu %1RM? Peratus daripada 1 Repetition Maximum. 1 Repetition Maximum bermaksud boleh mengangkat sesuatu beban dengan sekali angkatan sahaja. Contohnya, buat bench press, jika boleh menolak 200kg dengan sekali tolakkan sahaja, maka 200kg itu adalah 1 Repetition Maximum. Bagaimana menguji 1 Repetition Maximum? Antara cara yang diguna pakai adalah membuat ujian untuk setiap satu latihan, sbagai contoh, squat, masukkan 1 beban dan cuba berapa kali boleh lakukan, jika boleh lakukan sebanyak 5 kali, tambah lagi beban. Sebelum melakukan ujian kedua, pastikan badan cukup rehat. Atau boleh gunakan cara yang lebih mudah, jika boleh lakukan squat 10 kali, sebagai contoh 100kg 10 ulangan, maka 1 Repetition Maximum 100 x 1.33 = 133kg.

Asas kepada sistem latihan ini diperlukan untuk menyediakan rangka latihan yang bersesuai dengan matlamat latihan. Sebagai contoh, seorang atlit sukan badminton, apa jenis latihan yang diperlukan 3 bulan sebelum pertandingan, apa jenis latihan yang diperlukan 2 bulan sebelum pertandingan atau apa jenis latihan yang diperlukan 2 hari sebelum pertandingan. Bukan untuk atlit sahaja, untuk bakar lemak, juga perlu tahu jenis latihan bulan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya sehingga mencapai matlamat bakar lemak dan juga apa perlu dibuat selepas itu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini