Soalan Lazim 3 Mar11

Kongsi

Soalan Lazim 3

Sambungan dari
Soalan Lazim 1
Soalan Lazim 2

24. Adakah penambahan otot membakar kalori?

Kajian menunjukkan setiap pound penambahan otot memerlukan 35 hingga 50 kalori sehari. Jadi penambahan 10 pound otot akan bakar sekitar 350 hingga 500 kalori sehari atau boleh dikatakan membakar 1 pound lemak setiap 7 hari. Membakar 3500 kalori bersamaan penurunan 1 pound lemak. Dalam kajian lain, senaman bebanan yang regular meningkat kadar metabolisme sekitar 15%.

NASC 2015

25. Adakah puasa elok untuk menurunkan berat badan?

Saya tak nafikan puasa mampu menurunkan berat badan. Bila berpuasa sudah pasti berlaku defisit kalori. Katakan keperluan asas 2000 kalori, bila berpuasa kita makan 1000 kalori. Dari mana datangnya 1000 kalori lagi untuk menjalan fungsi asas badan? Adakah dari lemak atau otot? Badan akan mula berkehendak makanan selepas 3-4 jam dan akan bertukar ke starvation mood. Bila tidak dapat makanan daripada luaran, secara tidak langsung badan mula berfikir yang mungkin ‘tuan aku ini tengah darurat, tak cukup makan’. Badan akan menyimpan lemak dan mula membakar otot. Itu yang kita panggil catabolisme. Badan akan mula menyusut dan berat turun. Adakah itu yang kita mahu? Bila bercerita berkenaan puasa, dalam agama kenapa kita digalakkan berpuasa? dan untuk yang Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan? Tujuannya bukan untuk menguruskan badan. Tujuannya dari sudut usul adalah untuk memperingati Dia yang tidak makan dan tidak minum. Mendekatkan diri kepada tuhan. Dimana dengan berpuasa juga mampu mengawal nafsu. Pernah ke kita belajar dalam agama, jika hendak kurus maka berpuasa lah? :D. Ada beberapa kelebihan berpuasa lagi seperti detoksifikasi dan lain-lain. Jangan gunakan puasa untuk kuruskan badan.

26. Antara orang kurus dan orang gemuk, yang mana senang bina badan?

Orang gemuk disebabkan mereka sudah mempunyai kalori di badan, cuma perlu ditukar ke bentuk yang boleh dibakar sebagai tenaga untuk latihan manakala orang kurus memerlukan kalori daripada luar. Jadi kena banyakkan makan. 😀

27. Saya pernah gemuk dulu dan berjaya kuruskan badan. Bila saya berhenti bersenam badan saya naik kembali.

Bagi mereka yang pernah gemuk, badan akan ada apa yang kita panggil memori otot atau muscle memory. Badan akan cuba jadi seperti keadaan asal disebabkan ingatan itu. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Jadi bagi sesiapa yang teringin nak gemuk itu, lupakanlah. :D. Bagi mereka dalam situasi ini, bila dah mencapai badan idaman, usahalah untuk mempertahan bentuk badan itu dengan senaman yang regular.

28. Bila sepatutnya saya ambil protein whey? Sebelum atau sesudah bersenam?

Seeloknya ambil sebelum dan selepas. Jika makanan terakhir yang diambil adalah sekitar 4 jam yang lebih, seeloknya ambil sebelum latihan untuk meningkatkan kembali nitrogen balance di otot dan menghalang catabolisme. Campurkan protein whey dan oat sebelum berlatih. Dan selepas senaman, badan kita akan kurang glikogen. Kembalikan sumber glikogen dengan gula daripada sumber dektrosa atau maltodextrin dan kemudian diikuti dengan protein whey. Jangan campurkan fiber di dalam whey selepas latihan kerana akan melambatkan penyerapan. Protein whey seeloknya diambil sekitar 30 minit hingga 2 jam selepas latihan.

29. Kenapa saya cirit birit selepas mengambil makanan tambahan protein?

Kebiasaannya disebabkan toleransi laktosa yang tinggi. Cuba cari makanan tambahan protein yang tiada laktosa atau kurang. Jika masih cirit, cuba tambahkan psyllium hust (boleh didapati di farmasi) ke dalam campuran. Cuma elakkan campuran itu selepas latihan.

Bersambung ke
Soalan Lazim 4

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini