Tambah Tinggi Dec17

Kongsi

Tambah Tinggi

Ramai yang tanya, bolehkah ketinggian ditambah? Berapa tinggi boleh ditambah?

NASC 2015

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa kebanyakan remaja berhenti meninggi pada usia 16 hingga 18 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat kes di mana mereka yang lambat baligh, biasanya lelaki mungkin akan tambah tinggi sehingga berusia 21. Terdapat kes yang sangat jarang mungkin mencecah 25. Perempuan pula secara purata berhenti pada usia 18 tahun dan akan mengalami pertambahan mendadak pada usia 10 hingga 14 tahun. Mereka mula menambah tinggi ketika kitar haid bermula yang mana rata-rata berusia 12 tahun.

Ini adalah berikutan faktor genetik. Mungkin juga ada penyakit yang mempengaruhi perkembangan hormon tumbesaran seperti mencacatkan pembesaran kelenjar pituitari yang mana mungkin akan menyebabkan pembesaran berlaku ketika dewasa. Kes seperti ini juga amat jarang tetapi boleh dimasukkan sebagai pertimbangan kenapa seseorang apabila mencecah umur 18 masih kelihatan seperti kanak-kanak.

Jadi persoalannya, bolehkah tinggi ditambah?

Tidak ada jawapan yang tepat dengan soalan ini. Terdapat beberapa kajian tetapi tidak menepati semua. Kajian dijalankan, ada yang mendapat kesan positif tapi ada juga yang tidak dapat apa-apa kesan. Tapi tak salah mencuba, mana tahu mungkin berkesan pada anda. Antara kaedahnya;

1. Melalui Senaman

Rasanya ramai yang tahu, apabila bersenam, badan akan merembeskan hormon tumbesaran ke dalam sistem. Hormon tumbesaran akan mencetuskan tulang, otot, dan tisu untuk bertambah. Senaman yang lebih baik akan memaksa lebih hormon tumbesaran (HGH) ke dalam sistem. Bila cerita pasal senaman, ini termasuk semua jenis senaman secara keseluruhan.

Gerakan boleh dilakukan seperti melompat. Cuba tengok kenapa pemain bola keranjang tinggi dan semakin bertambah tinggi.

2. Regangan

Terdapat kajian seperti yang dijalankan oleh Dr Francois Sambucy menunjukkan regangan boleh meningkatkan ketinggian seseorang. Kajian ini timbul berikutan kerjanya membetulkan kedudukan badan seseorang melalui terapi yang melibatkan regangan. Ada yang tambah sehingga 2 inci. Kajiannya menunjukkan boleh berlaku ketebalan pada vetebra. Walaupun tidak terperinci tetapi agak membantu ramai orang.

Bagaimana kaedahnya, cara paling mudah duduk dengan kaki lurus ke hadapan dan tekan badan ke hadapan sehingga cecah kaki. Tegakkan postur badan. Selain itu, bergayut. Bergayut tidak semestinya melakukan chin-up tetapi cukup sekadar bergayut dan biar selama yang boleh. Bergayut boleh dilakukan juga secara terbalik di mana kaki disangkutkan di atas.

Selain itu, boleh duduk di tempat tinggi dan sangkut berat badan kaki. Jangan biarkan kaki sentuh pada lantai dan biar selama yang mampu. Ini lebih sasarkan pada sendi di buku lali. Selepas selesai jika boleh urutkan kaki itu untuk melancarkan kembali peredaran darah. Regangan pada lutut pula dengan duduk secara bersimpuh ke belakang dan baringkan badan. Sasarannya lebih pada otot quadrisep tetapi dalam masa sama akan menyasarkan lutut.

Cara paling mudah lagi, suruh seorang pegang pada kaki dan seorang tarik pada badan. Selain itu senaman regangan seperti yoga, pilates dan sebagainya pun boleh. Proses-proses regangan ini bukan berlaku dalam sehari, mungkin akan mengambil masa yang lama. Kesabaran itu penting dan tiada jaminan bahawa ianya 100% berkesan.

3. Berenang

Melakukan strok ketika berenang juga boleh membantu memanjangkan vertebra. Melakukan di dalam air memberi kelebihan disebabkan ianya menuetralkan kesan graviti pada tulang belakang.

4. Meninggikan Kedudukan Kaki Ketika Tidur

Tinggikn kaki sedikit ketika tidur dengan meletakkan badan di bahagian kaki. Cara ini menggunakan graviti untuk melakukan tarikan pada tulang belakang. Ia juga akan memaksa produksi hormon tumbesaran di kelenjar tiroid.

5. Hipnosis

Terdapat juga beberapa kajian menunjukkan hipnosis menyebabkan badan ke arah keadaan yang rehat dan mengaktifkan sistem saraf parasimpatatik dan mengurangkan aktiviti saraf simpatatik yang mana kesannya akan menurunkan hormon tekanan. Masalahnya, siapa yang mampu lakukan di Malaysia? Boleh cuba cari pakar yang boleh lakukan untuk mengarahkan keadaan tidak sedar badan supaya membesar.

6. Makanan Tambahan

Adakah terdapat makanan tambahan untuk menambah tinggi? Ada banyak di pasaran. Adakah ianya berkesan? Tidak terdapat pil ajaib untuk tambah tinggi cuma kebanyakan mengambil fungsi-fungsi lain beberapa bahan seperti kalcium, vitamin D, glucosamine chondroitin dan sebagai dan olah ayat kepada tambah tinggi. Tidak perlu terlalu terpengaruh pada produk-produk begini kerana ada beberapa faktor limitasi seperti berapa banyak badan dapat terima apa yang dimasukkan. Kemungkinan lebih 80% akan dibuang.

Ada beberapa cara yang mungkin meningkatkan penyerapan (sedikit) seperti menambahkan vitamin C dengan calcium. Jangan menambah iron dengan kalcium. Jangan ambil kalcium dengan air lemon, air gas, kopi dan kebanyakan air tenaga. Paling penting, jangan berlebihan dos. Ikut nasihat pakar atau label. Ahli bina badan dan seorang yang aktif mungkin memerlukan kalsium yang lebih berikutan kalsium sangat perlu dalam pergerakan.

7. Terapi Hormon

Terapi hormon dengan tambahan hormon tumbesaran juga boleh dilakukan dengan nasihat doktor tetapi kosnya agak tinggi. Mungkin mencecah beribu sebulan dan mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan.

8. Pembedahan

Terdapat pembedahan yang menambah tinggi di tempat yang tertentu. Kosnya sangat tinggi dan risikonya juga sangat tinggi. Prosesnya sangat menyakitkan dan lama.

9. Membetulkan Postur Badan

Terdapat beberapa teknik membetulkan postur badan. Ada sesetengah orang mungkin menjadi pendek disebabkan postur badan yang tidak betul. Postur badan tidak betul mungkin disebabkan banyak faktor termasuk berlebihan berat badan atau kebiasaan pada sesuatu aktiviti yang menyebabkan adaptasi badan bentuk badan. Cuba cari terapi yang boleh lakukan. Penambahan mungkin sedikit atau tiada.

10. Pakai Kasut Tinggi

Pakailah kasut tinggi untuk kelihatan tinggi. :)

Nota: Apa-apa pun, jika anda seorang yang rendah, jangan terlalu rasa rendah diri sehingga malu. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Manusia dicipta dengan kepelbagaian itu bersebab. Terokai kelebihan anda.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini