Teori Gelongsor Actin Myosin
Teori Gelongsor Filamen atau Sliding Filament Theory adalah keadaan teringkas gentian otot bergerak. Actin dan Filamen masuk menggelongsor di antara satu sama lain.
Apa yang menyebabkan Actin Filamen bergerak?
Myosin Filamen mengandungi globular kecil yang dipanggil jambatan rentas yang mengikut interval masa yang ditetapkan. Jambatan rentas ini menarik Actin Filamen dan menyebabkan pergerakan.
Di sekeliling myofibril terdapat retikulum sarcoplasmic. Retikulum sarcoplasmic menyimpan kalsium dan membebaskan kalsium dan seterusnya menyebabkan pergerakan atau kontraksi otot.
Apabila otak menyampaikan impulse, terminal saraf ini membebaskan bahan kimia yang dipanggil acetylcholine. Acetylcholine merangsang retikulum sarcplasmic untuk membebaskan simpanan kalsium kepada otot. Kalsium seterusnya diikat kepada troponin iaitu sejenis protein di Actin Filamen. Mengikut teori gelongsor filamen, ikatan ini berubah ke bentuk tropomyosin. Ikatan ini menyebabkan pergerakan boleh dilakukan berulang kali.
Actin Myosin Sliding Theory ini sukar diterangkan dalam entri seringkas ini. Sekurang-kurang penjelasan ringkas ini dapat menunjukkan kepentingan kalsium dalam pergerakan. Apabila kalsium cukup dalam diet anda, anda boleh melakukan pergerakan dengan ulangan yang tinggi. Sebagai contoh, jika selama ini mungkin hanya boleh mengangkat 100kg dengan ulangan 10 kali, tetapi jika kalsium mencukupi, mungkin boleh mengangkat 12 kali.
Jika anda ada peruntukan tambahan, tambahlah kalsium dalam bentuk makanan tambahan. Jika latihan berintensiti tinggi, anda boleh ambil sehingga 3000 mg sehari. Jika biasa, sekadar dalam lingkungan 1000 hingga 2000 mg. Ia membantu secara tidak langsung dalam membentuk otot dan membakar lemak.
salam,nak tanya..
jika kita ambil fatburner,whey protein,mass protein,sume tu akan ada effect ke untuk buah pinggang dalam jangka masa panjang?
ada possibility, kalau dah terlalu lama, katakan dah setahun, amik off sekejap daripada apa2 supplement.