World Cup Strongest Man 2016

Pada 9 dan 10 April ini, akan berlangsung pertandingan terbesar bawah World Strongmen Federation WSF iaitu World Cup Strongest Man 2016 di Varanasi, India. Pertandingan ini adalah pertandingan jemputan saja dan saya merupakan salah seorang atlet bertanding. 12 Atlet bertanding mewakili negara masing-masing.

1. Tarmo Mitt ESTONIA
2. Rolands Gulbis LATVIA
3. Dalius Ziminskas LITHUANIA
4. Sergey Trubicin UZBEKISTAN
5. Mikhail Shivliakov RUSSIA
6. Mark Felix UK
7. Sergei Vachinski BELARUS
8. Tomasz Kowal POLAND
9. Matthew Mc Coy IRELAND
10. Tim Enersen NORWAY
11. Jarek Novacki POLAND
12. Zaki Khan MALAYSIA

World Cup Strongestman 2016

Benares dipilih sebagai lokasi pertandingan disebabkan ia dianggap sebagai tempat mistikal yang didiami oleh tuhan Hindu yang terkuat, Lord Shiva. Ia jadi simbolik untuk sukan kekuatan.

Jemputan Khas:

1. Magnus Ver Magnusson (Juara Dunia 4 kali) akan jadi Ketua Juri
2. Glenn Ross (Atlet dunia yang cukup terkenal)
3. Leonid Taranenko (Juara dunia angkat berat dengan rekod yang belum dipecahkan dalam Clean & Jerk)Kursus Kecergasan 2024

Rutin:

1. Max-Rep Car Dead-Lift
2. Max-Weight Over-head Log Lift (120 Kgs Log – start)
3. 40 Meter Farmers Walk (130 Kgs per hand)
4. 40 Meter Truck Pull
5. 8 Times Tyre Flips (300 Kg Tyres)
6. Truck Loading Medley (20 Meter Distance, 4 Ft Height Truck Bed, 5 odd objects weighing approximately 120-150 kilos – Plough, Anvil, Atlas Stone, Chain & Anchor)

Acara tambahan Ethno-Sport: Indian Stick Pulling World Cup/Wrestling

Hadiah ditawarkan – 20 ribu USD

Varanasi World Cup Strongman

Rujukan
http://www.strongmansport.org/2016/02/29/wsf-president-world-cup-in-india-varanasi/
https://www.facebook.com/groups/219022224821229/?fref=ts

ZK : Saya tak berani letak sasaran lagi. Ini merupakan pertandingan terbesar saya pernah masuk. Daripada senarai rutin, macam sebagai besar saya boleh buat. Antara laju tak laju saja. Saya akan buat yang terbaik.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: