Ringkasan Makanan Tambahan Aug23

Kongsi

Ringkasan Makanan Tambahan

Ramai yang bertanya soalan yang sama pasal makanan tambahan. Saya dah masukkan dalam e-buku Kebenaran Tentang Makanan Tambahan sebelum ini tetapi saya akan ringkaskan lagi dalam bahasa yang mudah difahami. Terdapat beberapa makanan tambahan yang asas;

NASC 2015

1. Whey Protein

Protein terdiri daripada banyak asid amino. Dalam produk yang berlabel whey protein, kandungan karbohidrat biasanya sangat rendah.

Perkataan isolate yang biasa disertakan dalam beberapa produk whey protein melambangkan ‘mudah diserap’. Bila masa terbaik mengambil protein isolate? bila badan memerlukan segera. Sebagai contoh selepas latihan, tetapi jangan terus minum whey protein selepas latihan. Badan memerlukan glukosa selepas latihan. Bayangkan badan seperti enjin kereta yang baru dimatikan, masih berjalan dan memerlukan bahan bakar (glukosa). Jika protein dimasukkan segera, badan akan membakar protein tersebut sebagai bahan bakar. Rugi. Jadi antara pilihan selepas latihan adalah minuman isotonik, atau produk-produk glukosa yang lain. Jangan minum air gula ‘kosong’ seperti milo, sirap dan sebagainya. Dalam jangka masa 30 minit selepas latihan, baru masukkan whey protein.

Perkataan casein merujukkan kepada campuran yang ditambah dalam produk protein supaya ianya bertahan lama dalam badan. Whey protein tanpa casein akan bertahan sekitar 2 hingga 3 jam, manakala dengan casein mungkin bertahan sekitar 6 hingga 8 jam.

2. Weight Gainer

Weight gainer merujuk pada produk yang mengandungi protein dan karbohidrat yang tinggi. Seterusnya menjadikan lebih tinggi kalori berbanding whey protein.

3. Creatine

Dari sudut fisiologinya, semasa melakukan latihan bebanan, adenosine triphosphate (ATP) di otot akan dipecahkan ke bentuk adenosine diphosphate (ADP). Pecahan yang berlaku menghasilkan tenaga. Creatine membawa phosphate kepada ADP untuk ditukarkan kembali ke bentuk ATP supaya tenaga dapat dihasilkan lagi.

Jadi creatine membantu dalam penghasilan tenaga. Cerita tambahan mengenai creatine ditambah untuk melakukan jualan seperti ‘membesarkan otot’, ‘menambah saiz disamping membuang lemak’ dan sebagainya. Asas cerita-cerita tambahan itu adalah daripada fungsi creatine itu sendiri.

4. Asid Amino

Asid amino adalah protein. Sama seperti whey protein, cuma ada sesetengah asid amino dilebihkan seperti asid amino yang mempercepat pemulihan termasuk L-glutamine dan BCAA.

5. BCAA (branched chain acid amino)

BCAA juga protein tetapi hanya 3 jenis asid amino iaitu valine, leucine dan iso-leucine. Ketiga-tiga ini perlu dalam membentuk kembali otot yang rosak akibat latihan. Dalam produk whey protein, weight gainer, asid amino juga ada BCAA tetapi dalam jumlah yang sikit.

6. L-glutamine

L-glutamine juga asid amino. Ia membantu dalam mempercepat pemulihan. Juga terdapat dalam produk lain seperti whey protein, weight gainer, asid amino.

Jadi bagaimana urutan pengambilan makanan tambahan ini?
Pertama sekali glukosa, kemudian l-glutamine, BCAA dan akhirnya sekali whey protein atau weight gainer.

Bagaimana jika cuma ada weight gainer sahaja?
Boleh terus ambil weight gainer. Weight gainer mengandungi gula. Kebiasaannya dalam bentuk dextrosa.

Apa yang patut saya ambil untuk membesarkan badan atau menguruskan badan?
Mengikut keperluan kalori. Kebiasaannya untuk menguruskan badan mengambil whey protein dan membesarkan badan mengambil weight gainer. Tetapi jika menyasarkan untuk membesarkan badan tetapi tidak mempunyai peruntukan untuk mengambil weight gainer, boleh mengambil whey protein dengan makanan semulajadi dilebihkan. Kebiasaanya weight gainer hanya mempunyai sekitar 16 hidangan untuk 12lbs manakala whey protein mempunyai sekitar 80 hidangan untuk 5lbs. Jika weight gainer tersebut mencecah 4000 kalori untuk 1 hidangan, tak perlu ambil 1 hidangan serentak. Bahagikan ke beberapa menu. 4000 kalori jika dimasukkan dalam 1 jangka masa, ada kemungkinan sebahagian rugi, dibuang semula.

Sebagai seorang pembeli…
– Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan produk yang sangat menarik dengan pelbagai tuntutan yang menusuk kalbu. Syarikat pembekal saling berlawan iklan untuk melakukan produk mereka. Antara cara iklan, meletakkan 1001 kajian, meletakkan model sebelum dan selepas, meletakkan duta-duta yang sangat hebat dan sebagainya.
– Jangan terpengaruh dengan peniaga supplement yang mana akan mencadangkan semua makanan tambahan jika boleh.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini